5 Perkara Yang Boleh Difikirkan Dari Kontrak Baru Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo menamatkan ketidakpastian, kebimbangan dan kerisauan mengenai masa depannya bersama Real Madrid apabila ditawarkan kontrak jangka masa panjang yang baru.

Lima perkara boleh dijadikan Ibrah atau tauladan yang boleh difikirkan serta dipelajari dari kontrak baru Ronaldo yang akan berakhir pada Jun 2021.

1. Meredakan Ketegangan

Beberapa bulan kebelakangan berlaku sedikit ketegangan tentang masa depan Ronaldo di Real Madrid dan perkara ini tidak membawa kebaikan kepada Ronaldo dan kelab. Prestasi Ronaldo musim ini adalah di bawah tahap jika dibandingkan dengan 8 musim yang lepas.

Setakat ini Ronaldo telah gagal menjaringkan gol 5 perlawanan berturut-turut di Santiago Bernabeu. Spekulasi berterusan mengenai masa depan beliau memberi kesan buruk kepada kelab atau jenama yang Ronaldo wakili.

Kontrak baru ini nyata memberi kelegaan dan kegembiraan kerana Ronaldo mempunyai berjuta peminat di seluruh dunia termasuk semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di tambah lagi dengan rakan penaja dan komersil.

Ronaldo juga merupakan calon kegemaran untuk memenangi Ballon d’Or 2016 dan FIFA Best Player of 2016.

2. Real Madrid Tidak Perlu Bimbang Kehilangan Ronaldo

Beberapa minggu lepas, kemungkinan untuk Ronaldo dan penasihatnya merancang untuk keluar dari Real Madrid untuk memastikan Ronaldo mendapat bayaran yang besar dengan menandatangani kontrak bersama kelab lain.

President Real Madrid, Florentino Perez sudah pasti menghadapi dilema samada menjual Ronaldo pada harga tertentu atau mengikat kontrak baru bagi menghalang aset berharga Madrid ini hilang tanpa mendapat pulangan.

Perjanjian lama Ronaldo bersama Madrid membenarkan Ronaldo berpindah pada akhir musim ini atau keluar secara percuma pada musim panas 2018. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi kontrak baru telah di tawarkan, Ronaldo diikat sehingga 2021.

Jadi Real Madrid tidak perlu bimbang untuk kehilangan Ronaldo pada harga yang murah. Tidak dinyatakan berapa bayaran untuk kelab lain membeli Ronaldo. Adakah semahal Bale, RM5 billion?

Dengan kontrak baru ini Ronaldo dan Real Madrid boleh hidup aman bahagia sehingga 2021.

3. Real Madrid Perlu Bimbang Untuk Membayar Ronaldo Sehingga Umur 36 Tahun.

Satu perkara yang jarang berlaku dalam dunia sukan apabila satu kontrak jangka panjang ditawarkan kepada pemain yang berusia hampir 32 tahun terutamanya kepada pemain yang mempunyai sejarah dengan isu kecederaan dan mengalami penurunan prestasi dalam tempoh beberapa tahun ini.

Sumber dalaman Madrid memberi kepastian bahawa kontrak baru ini termasuklah peningkatan bayaran bagi memastikan Ronaldo kekal sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi di Bernabeu.

Ini bermakna Real Madrid perlu membayar gaji kasar sebelum cukai lebih RM928.06 juta (€200 juta) mengikut kontrak baru yang ditawarkan kepad Ronaldo. Satu jumlah gaji yang besar dilaburkan untuk Ronaldo yang boleh memberi pulangan samada di luar dan di dalam padang.

Florentino Perez dan akauntannya harus berjaga-jaga untuk pelaburan yang penuh risiko ini kerana Ronaldo sudah berusia hampir 32 tahun dan prestasinya mula menurun.

4. Ronaldo Boleh Bertenang Dan Mengatur Masa Depan

Ronaldo telah beberapa kali telah menyatakan bahawa beliau bakal bermain untuk tempoh 10 tahun lagi dan layak untuk mendapat kontrak sehingga berusia 40 tahun kerana beliau yakin mampu untuk beraksi dalam tempoh tersebut.

Beraksi pada usia selanjut itu mungkin satu benda yang tak pernah difikirkan oleh orang lain tetapi bagi lelaki Portugis ini beliau mempunyai kecenderungan yang dahsyat dalam mencapai perkara yang di tetapkan di mindanya.

Bagi memastikan beliau boleh beraksi sehingga umur 40 tahun, Ronaldo sudah mengubah cara permainannya sejak beberapa tahun yang lalu dari pemain sayap yang menghiburkan kepada seorang pembunuh di dalam kotak penalti yang sentiasa menumpukan perhatian menanti peluang yang datang. Sama seperti pendapat Dieogo Forlan ini mengenai Ronaldo.

“Semasa saya beraksi bersama Ronaldo dan tahun pertamanya di Real Madrid, beliau selalu menggelecek pemain lawan untuk suka-suka dan menikmati perlawanan seperti Messi. Sekarang beliau lebih kepada sentuhan penyudah yang membunuh di depan gol.” Diego Forlan

Selain itu apabila sudah sampai masanya, Ronaldo perlu mengalah dan menerima penggiliran dalam perlawanan dan mendapatkan rehat secukupnya dari semasa ke semasa. Pendekatan sebegini mungkin sesuai untuk beliau terus menjadi pengubah permainan dalam perlawanan besar biarpun memasuki usia pertengahan 30-an.

Baca juga : Ronaldo Memenangi Anugerah Alfredo di Stefano

5. Tekanan Real Madrid Kerana Didenda FIFA

Real Madrid kini mengalami kemurungan ekoran dikenakan sekatan oleh FIFA selama setahun dalam jendela perpidahan kerana melanggar peraturan dalam perpindahan pemain belia. Sekatan ini telah menghalang Real Madrid dari menandatangani pemain baru sehingga Januari 2018.

Hukuman ini juga dikatakan penyebabkan kenapa Real Madrid menawarkan kontrak baru kepada Gareth Bale, Toni Kroos, Luka Modric dan Lucas Vazquez. Dengan Ronaldo mengesahkan akan terus kekal di Bernabeu ianya memberi satu kelegaan seperti melepaskan kentut selepas penat menahan di dalam lif.

Dengan sekatan ini bermakna Florentino dan peminat serta rakan komersil Real Madrid boleh menikmati hidup dengan tenang dan aman damai tanpa perlu membeli “galactico” berprofil tinggi pada musim panas akan datang.

Sumber : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga