5 Sebab Kenapa Kau Perlu Sokong England Dalam Piala Dunia 2018

England seperti biasa mudah untuk layak dengan penuh bergaya di kejohanan utama dunia seperti Kejohanan Eropah dan Piala Dunia.

Dan seperti biasa juga England akan bergelut dengan prestasi di kejohanan besar dan pulang atau sekadar ke pusingan kalah mati untuk tewas.

Rooney yang dirindui.

Kerana liga yang unggul dan komersil pasukan England selalu menjadi tumpuan dan mampu mengumpul peminat dari seluruh dunia seperti liga mereka.

Jadi kami bagi 5 sebab kenapa kau perlu sokong England di Piala Dunia 2018. Tak setuju tak ape.

1. Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang panjang hanat bersama England. Sebut sahaja nama JWWWWW Birch, Francis Light, Andrew Clarke sebagai contoh, mereka semua pernah bertugas di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Kane tertekan kerana Ronaldo telah menjaringkan 3 gol dalam perlawanan pertama.

2. Sistem pemerintahan Malaysia mirip sistem Westminster, yang berasal dari England.

3. Bahasa England semakin menjadi bahasa yang digemari di kalangan rakyat Malaysia, melebihi bahasa kebangsaan sendiri.

4. Kiblat bola sepak Malaysia adalah England di mana kelab-kelab hebat seperti Manchester United, Chelsea, Everton dan Burnley dipuja.

5. England adalah negara asalnya kumpulan One Direction (R.I.P).

Baca Juga

Baca Juga