Musim lalu Leicester City telah mencipta satu kisah dongeng mereka sendiri dengan menjuarai liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya ibarat kisah bawang putih dan bawang merah dimana akhirnya menjadi santapan manusia.
Musim sebelum menjadi juara, The Foxes hampir tersingkir ke liga kejuaraan tetapi berjaya untuk kekal di liga perdana. Malah dengan pencapaian penuh dongengan itu melayakkan Ranieri ‘The Tinkerman’ dinobatkan sebagai jurulatih terbaik 2016 di anugerah FIFA Best.
Musim ini segalanya serba tidak kena buat Leicester walaupun kempen Eropah mereka agak cemerlang setakat ini. Kini Leicester bergelut untuk bukan untuk mengekalkan kejuaraan tetapi bergelut untuk tidak tersingkir ke liga kejuaraan.
Penulis membawakan kepada kalian semua 5 sebab kenapa The Foxes bergelut musim ini. Sebab ke-4 sudah tentunya Arsenal, mungkin point ini merupakan satu ulangan dan agak hambar tetapi semoga anda terhibur.
1. Pemain Baru Yang Gagal Menyerlah
Tidak seperti mereka yang cemerlang dalam MLM, Ranieri gagal untuk mencari pemain baru bagi dijadikan ‘downline’ untuk terus ‘survive’. Musim ini Leicester gagal dalam menandatangani pemain baru.
Pemergian Kante tidak ada pengganti dan pemain yang mereka beli pada tanda harga yang agak mahal seperti Ahmed Musa, Nampalys Mendy dan Bartosz Kapustka gagal untuk menyerlah. Ahmed Musa menunukkan persembahan meyakinkan semasa pra-musim.
Leicester sekali gagal untuk mengikat pemain berkualiti pada musim perpindahan januari. Mungkin prestasi semasa The Foxes juga menjadi punca pemain takut untuk menyertai mereka.
2. Kerapuhan Benteng Pertahanan
Musim ini The Foxes telah melepaskan 41 gol dalam 24 perlawanan berbanding musim lalu mereka hanya bolos 36 gol sepanjang musim. Semasa muncul juara Kasper Schmeichel, Wes Morgan dan rakan-rakan telah merekodkan 15 perlawanan tanpa bolos.
Pemergian Kante bagi mengibarkan bendera biru lebih tinggi membuatkan bahagian pertahanan Leicester lebih terdedah dan hanya mampu mengangkang. Faktor usia juga menjadi penyebab kepada kelemahan di mana pasangan pertahanan tengah mereka Robert Huth(32) dan Morgan(33) sudah berusia.
Benteng pertahanan Leicester musim ini sangat rapuh dan senipis kulit bawang, sedikit jolokan sudah bolos dan ike ike ike.
3. Perubahan Formasi
Musim lalu Ranieri secara konsisten dan penuh istiqamah telah menggunakan formasi 4-4-2 hingga berjaya menggapai kejuaraan dan memenangi anugerah jurulatih terbaik. Musim ini Ranieri terlalu banyak menukar barisan pemain dan formasi.
Perubahan ini nyata menimbulkan kebingungan di kalangan peminat, media dan pemain sendiri. Setakat ini, walaupun bergelut di liga Ranieri masih menerima sokongan penuh dari kelab.
4. Arsenal
Walaupun agak hambar point ini tetapi nombor keramat mesti dihormati.
5. Kemerosotan Prestasi Pemain Bintang
Musim lalu menyaksikan Vardy dan Mahrez mempamerkan prestasi yang luar biasa hebat sehingga jutawan Luxor pun ternganga serta terpaku meratap langit melihat kehebatan dua pemain ini. Setakat ini Vardy dan Mahrez masing-masing menjaringkan 3 dan 5 gol.
Musim lalu Vardy menjaringkan 24 gol dan Mahrez mencetak 17 gol serta 11 bantuan gol yang melayakkan beliau memenangi pemain terbaik PFA. Musim ini kedua pemain ini diselubungi kekecewaan dan hilang keyakinan diri.
Mungkin Vardy dan Mahrez telah menjadi pemandu Uber sebagai pekerjaan sampingan sekaligus menjadi faktor kemerosotan prestasi mereka.
6. Manchester United
Sekali lagi point yang hambar dan satu ulangan. Semoga terhibur
7. Liga Juara Eropah
Dengan muncul juara Leicester telah layak ke Liga Juara Eropah dan setakat ini mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat Eropah. Mereka layak ke pusingan 16 terbaik dan bertemu Sevilla selepas muncul juara kumpulan G.
Bermain di Liga Juara Eropah secara automatiknya telah menambahkan jumlah perlawanan kepada Leicester. Tambahan 6 perlawanan nyata memberi kesan kepada pasukan dan pemain menyaksikan The Foxes cemerlang di Eropah dan bergelut di liga.
Berbalik kepada point nombor satu, pemain baru mereka gagal mempamerkan prestasi sebenar dan pemain sedia ada juga terutama pertahanan sudah berusia serta pertambahan perlawanan nyata memberi beban tambahan kepada pasukan.
Kesimpulan
Walau apa pun terjadi, hakikatnya The Foxes tetap mantan juara musim lalu yang bermain dengan cemerlang di Eropah setakat ini dan bergelut di zon penyingkiran di liga serta tidak perlu bermain di AFC Cup.