5 Stadium Bola Sepak Paling Berhantu Di Dunia

Stadium bola sepak di seluruh dunia selalunya meninggalkan pelbagai kenangan manis, suka dan duka kepada penyokong, pemain dan juga jurulatih.

Selain tempat-tempat yang dikatakan berhantu seperti kawasan perkuburan, bangunan tinggal dan sebagainya, stadium bola sepak juga tidak terkecuali dari peristiwa-peristiwa paranormal dan menyeramkan.

Berikut merupakan beberapa stadium yang dilaporkan berhantu.

Stadium Of Light (Sunderland)

Pada tahun 2005, dua kakitangan stadium dilaporkan telah melihat satu bayang hitam di satu koridor namun ramai yang beranggapan itu hanyalah bayang-bayang orang berjalan dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

Tidak lama selepas itu, penyerang Matt Elliot dikatakan telah ternampak hantu dan telah mencetuskan dakwaan yang stadium tersebut dihantui oleh roh dan semangat.

Pada bulan September 2016, peminat yang menonton siaran langsung di saluran televisyen Sky Sport terlihat dua orang groundsman  sedang bekerja di padang sebelum hilang dalam udara beberapa saat kemudian.

Ghazi Stadium, Kabul

Stadium ini pernah dijadikan tempat hukuman awam oleh pemerintahan Taliban satu ketika dulu. Pesalah dipaksa untuk melutut sebelum dibunuh. Kaki dan tangan mereka digantung di tiang gol untuk memberi pengajaran kepada orang awam yang lain.

Stadium tersebut dipercayai dihantui oleh roh-roh mereka yang dibunuh. Tiada siapa yang berani masuk ke stadium selepas waktu senja.

Sumber: Sportskeeda

Walaupun stadium tersebut telah dibaiki dan diubahsuai oleh wakil Amerika Syarikat, Ryan Crocker dan pemimpin Afghanistan sebagai usaha untuk menghapuskan memori hitam orang ramai berkaitan stadium tersebut tetapi tidak berjaya.

Tiada siapa yang berani memasuki stadium itu seorang diri dan wanita dinasihatkan supaya menjauhi stadium tersebut.

Highbury (Arsenal Sehingga 2006)

Bekas pengurus Arsenal, Herbert Chapman telah melakukan banyak revolusi kepada pasukan Arsenal pada penghujung  1920an hingga awal 1930an tapi telah meninggal dunia akibat pneumonia ketika The Gunners mengecapi dekad paling berjaya ketika itu.

Walaupun badannya tidak sihat, Chapman memaksa dirinya untuk menonton tiga perlawanan dalam masa seminggu pada Januari 1934. Ini menyebabkan kesihatannya bertambah teruk dan menjadi faktor kematiannya.

Sehingga Arsenal berpindah dari Highbury, ada laporan mengatakan pada waktu tengah malam akan kedengaran hantu Chapman berlegar-legar di kawasan stadium lama ini.

St Mary’s (Souhampton)

Pasukan Souhampton berpindah ke Stadium St Mary’s pada tahun 2001. Stadium yang mempunyai kapasiti 32,500 tempat duduk iaitu dua kali ganda berbanding stadium lama mereka The Dell.

Sebenarnya tapak stadium ini sebelum ini ialah sebuah tanah perkuburan dan dilaporkan roh-roh orang mati telah menghantui stadium ini.

Perjalanan pasukan ini di stadium baru agak teruk dengan hanya mengutip 10 mata daripada 14 perlawanan pertama dan menyebabkan pengurus Stuart Gray dipecat.

Khabar angin mengatakan roh-roh ini membalas dendam disebabkan proses penggalian semula tapak kubur tersebut. Kepercayaan itu menjadi semakin kuat apabila Souhampton terpaksa memanggil bomoh untuk menghalau roh-roh tersebut.

Estadio do Dragao (FC Porto)

Pada tahun 2012, FC Porto menewaskan PSG dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. James Rodriguez telah menjaringkan gol tunggal perlawanan dan meraikan jaringannya bersama penyokong FC Porto.

Sumber: Sportkeeda

Ketika sambutan jaringan gol tersebut kelihatan satu bayangan hantu lelaki berpakaian zaman pertengahan 1900an turut meraikan bersama-sama.

Media Portugis menamakannya “Hantu Dragao) dan khabar angin yang mengatakan stadium tersebut berhantu tersebar luas.

Stadium-Stadium Di Malaysia

Selain stadium-stadium yang disebutkan di atas, stadium di Malaysia juga tidak kurang dikunjungi oleh hantu bertopengkan manusia.

Hantu-hantu di stadium Malaysia gemar merosakkan harta benda stadium, membuang sampah kuaci merata-rata dan bergaduh dengan penyokong-penyokong lain.

Perangai macam hantu!

Sumber: Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga