5 Statistik Power Menjelang Pertemuan Liverpool dan Mancheter United

Setiap liga di dunia ini pasti menampilkan perseteruan yang ketat. Contohnya La Liga ada El Classico – permusuhan antara Real Madrid dan Barcelona, di Mesir Al Qurotul Qodam antara Zamalek dan Al-Ahly dan di Malaysia pula Palm Oil Derby – perseteruan antara Sime Darby dan Felda yang sering kita lihat stadium dipenuhi penyokong kedua-dua pihak saling berbalas sorak sehingga menyebabkan line telefon terbatas.

Begitu juga di Liga Perdana Inggeris di mana semua orang tahu bahawa Liverpool dan Manchester United bukanlah pasukan yang berbaik-baik, apatah lagi pasukan feeder club. Malah penyokong kedua-dua pasukan juga sering berbalah dan berbalas caci makian.

Liverpool digelar Lipork oleh penyokong United manakala Syaitan Merah Durjana pula sering dipanggil Munyet. Ini jelas menunjukkan penyokong kedua-dua pasukan ini sangat sentitif antara satu sama lain. Cuma sekali sekala penyokong Arsenal dan Chelsea mencelah turut mengejek kerana pasukan mereka tidak dilayan.

Pertemuan kedua-dua pasukan Pantai Barat England ini sentiasa panas dan sengit, maka oleh sebab itu ia seringkali menarik ratusan juta penonton setiap tahun dan musim ini, mereka bakal bertemu buat kali pertama pada hari Sabtu nanti.

Jadi, menjelang perlawanan yang dijangka panas nanti, kami kongsikan lima statistik power mengenai pertemuan kedua-dua pasukan.

Jumlah Piala Terkumpul : 126

Tidak dinafikan kedua-dua pasukan adalah juara kitab sejarah. Liverpool pernah memenangi liga sebanyak 18 kali, 7 Piala FA, 8 Piala Liga, 15 Perisai Masyarakat, 1 Super Cup, 5 Piala Eropah, 3 Piala UEFA dan 3 UEFA Supercup. Secara keseluruhannya, The Reds telah memenangi 60 trofi. Pada musim ini mereka dijangka bakal memberikan saingan yang kuat untuk menjuarai liga, tambahan pula selepas membeli wonderkid Alex Oxlade Chamberlain.

Hana piala ini masih belum dimenangi kedua-dua pasukan | Gambar : Twitter

United pula pernah memenangi liga sebanyak 20 kali, 21 Perisai Masyarakat, 3 Piala Eropah, 12 Piala FA, 5 Piala Liga, 1 Piala UEFA, 1 UEFA Super Cup, 1 Piala Dunia Kelab dan 1 Piala Intercontinental. Pada musim ini United bermula garang seperti biasa, dan andai mereka berjaya untuk tidak seri berpanjangan seperti musim lalu, mereka berpeluang untuk menjuarai liga.

Dalam bahasa yang mudah dan tidak berbelit, kedua-dua pasukan ini adalah pasukan yang paling berjaya di England, jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain.

Rekod Kurang Baik Liverpool di Laman Sendiri

Anfield adalah satu stadium yang sangat digeruni pasukan pelawat termasuk Manchester United. Apa tidaknya, penyokong mereka seringkali sehati sejiwa menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone dan bersorak This Is Our Year sehingga batuk-batuk tertelan asap vape.

Walaubagaimanapun, dalam lima pertemuan mutakhir kedua-dua pasukan, Liverpool dilihat terlebih bermurah hati di mana United telah memenangi tiga perlawanan di sini. Kali terakhir United tewas di Anfield adalah ketika di bawah kendalian Sir David Moyes.

Pada musim lalu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di mana Mourinho telah memarkir tiga biji bas di hadapan pintu golnya. Liverpool pula seakan tidak bernafsu untuk menjaringkan gol.

Kali terakhir Liverpool menang ke atas United di Anfield dalam liga adalah ketika Brendan Rogers masih lagi pengurus The Reds.

Jurgen Klopp Hanya Pernah Tewas Sekali Kepada Mourinho

Jurgen Klopp dan Jose Mourinho pernah bertarung di padang sebanyak tujuh kali, dan daripada jumlah ini Klopp hanya pernah tewas sekali sahaja. Ini adalah ketika Borussia Dortmund tewas 0-2 kepada Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara di Signal Iduna Park.

Selepas kalendar antarabangsa berakhir, kedua-dua pasukan agak tempang menjelang pertemuan Sabtu ini.

“Suruh budok mu maing molek natang!” mungkin itu yang dikatakan oleh Klopp kepada Mourinho | Gambar : goal.com

Liverpool menangisi kecederaan Sadio Mane, manakala United pula tempang tanpa Pogba dan Fellaini – pemain yang dulu ditendang sekarangnya disayang, dulu dulu dulu dia menderita sekarang dia bahagia.

Walaubagaimanapun kedua-dua jurulatih ini sememangnya dikenali dengan ketelitian mereka dalam merangka strategi. Kita tengok siapa yang bakal mengatasi taktik siapa Sabtu nanti.

Manchester United Hanya Bolos Dalam Satu Perlawanan Pada Musim Ini

Selepas tujuh perlawanan, mungkin masih terlalu awal untuk melihat skrip di akhir musim nanti tetapi barisan pertahanan United agak boleh dipuji pada musim ini. Mana tidaknya, mereka hanya bolos dalam satu perlawanan sahaja – menentang Stoke City di tempat lawan.

Lain-lain perlawanan, mereka masih lagi kebal tanpa sebarang bolos meskipun kadang kala tu ada nyaris-nyaris bola menerjah gawang De Gea.

Akan tetappi, nasib berbeza pula buat Liverpool. Mereka telah memberikan peluang kepada pihak lawan untuk menjaringkan 12 gol, termasuk lima biji ketika menentang Manchester City. Barisan pertahanan mereka dilihat agak koyak dan longgar, tambahan pula Klopp sering mengamalkan dasar gegenpressing.

Ini menyebabkan Liverpool sering dibolosi dari gerakan serangan balas pihak lawan – satu taktik yang sering diapplikasikan oleh Mourinho.

Lukaku Hanya Pernah Jaringkan Satu Gol di Anfield

Romelu Lukaku kini sedang mencipta nama di United pada musim ini di mana dia sedang meneraju carta penjaring gol di kelab Manchester tersebut. Pada musim-musim sebelum ini ketika penyokong United masih belum kenal siapa Lukaku, dia hanya mampu menjaringkan satu gol di Anfield dalam enam perlawanan terakhir.

Gol tersebut hadir ketika Lukaku masih bermain untuk West Bromwich Albion pada musim 2012-13, dalam perlawanan yang dimenangi Baggies 2-0. Tapi tu lah, ketika itu Liverpool dalam proses pengubahsuaian selepas Kenny Dalglish dipecat.

Ketika bersama Everton, Lukaku masih lagi tidak dapat membuang badinya apabila gagal menjaringkan sebarang gol di Anfield. Jadi, dalam pertemuan pertama dengan lencanan United di dada Lukaku pasti mahu mencurah asam limau ke luka Liverpool yang kini agak terumbang ambing mencari cahaya di hujung terowong.

Artikel diklepet dan diolah semula dari : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga