7 Kehebatan Dan Kebaikkan Salah Yang Boleh Dijadikan Ibrah

Liverpool akhirnya menemui semula rentak kemenangan selepas mengharungi kekalahan berturut-turut kebelakangan ini.

Kemenangan ini merupakan suatu kejayaan manis buat pasukan Liverpool kerana barjaya menjarakkan jurang perbezaan mata dengan pasukan Manchester City.

Kejayaan ini juga telah berjaya mengubati kekalahan mereka kepada Chelsea dalam saingan Piala FA, tewas kepada Watford untuk kekalahan pertama dalam saingan Liga. Juga dapat merawat duka tewas kepada Atletico dalam Liga Juara-Juara.

Apa yang lebih membanggakan, bintang kebanggaan ramai, Mohamed Salah telah berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu dan memecahkan rekod peribadi beliau.

Mo Salah telah berjaya menjaringkan 70 gol dari 100 perlawanan Liga mengatasi Suarez yang menjaringkan 69 gol dari 110 perlawanan liga. Turut berada dalam senarai Fernando Torres yang mencipta 65 jaringan dari 102 perlawanan.

Dalam perlawanan menentang Bournemouth semalam, ketika pasukan Liverpool sudah tidak bersemangat untuk meneruskan perlawanan setelah ketinggalan 0-1.

Salah tidak berputus asa dan terus memberikan aksi yang terbaik. Beliau tidak berhenti menggasak kubu Bournemouth hingga akhirnya beliau berjaya menjaringkan gol pembukaan serta gol semangat untuk The Reds.

Disini kita senaraikan 7 kehebatan dan kebaikkan Mo Salah yang boleh dijadikan sebagai ibrah dalam dalam kehidupan seharian kita.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

7 kehebatan dan kebaikkan Mo Salah

1. Beliau adalah merupakan seorang pemain yang amat bekerja keras dan penuh komitmen ketika latihan. Ini terbukti apabila dalam perlawanan sebenar terserlah stamina, kelajuan, skil, teknik sepakan dan persefahaman yang baik dengan rakan sepasukannya.

2. Mohamed Salah juga terkenal dengan sifat baik hati dan mudah didekati peminat. Kami terharu saat menonton klip video beliau menziarahi dan memberi semangat kepada seorang anak Syria yang sakit serta beliau juga menghargai peminat Liverpool yang buta dengan menjemput dan melayani peminat tersebut serta rakannya.

3. Beliau juga didapati selalu melakukan sujud syukur saat berjaya menjaringkan gol.

4. Mendampingi al-Quran. Melalui suatu klip video perjalanan pasukan Liverpool menaiki pesawat, telah kelihatan naskhah Al-Quran yang dibawa bersamanya.

5. Seorang yang pemurah. Mohamed Salah juga banyak menghadiahkan dana sumbangan untuk warga kampungnya di Mesir.

6. Hidup bersederhana. Di saat majoriti pemain terkenal dunia memperagakan kereta-kereta, rumah-rumah dan percutian yang mewah-mewah, beliau mengambil pendekatan hidup yang lebih sederhana dengan amat sukar sekali pihak media hendak mencari maklumat tentang kehidupan beliau.

7. Contoh ketua keluarga yang baik. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan pemain beliau, Mohamed Salah, telah berjaya memelihara isteri dan anak beliau daripada lensa populariti dunia yang berbahaya.

Begitulah antara sedikit kebaikkan dan kehebatan beliau yang dapat dikongsikan. Kalau nak disenaraikan kesemuanya mungkin tidak mampu untuk dilakukan.

Akhir kalam, tahniah Liverpool dan khasnya Mohamed Salah!

BACA:  Reaksi Menghiburkan Mane Ketika Peminat Cilik Liverpool Mengaku Abangnya Menyokong Man Utd