7 Saat, KO Terpantas Dalam Sejarah Tinju Wanita

Perlawanan tinju antara Seniesa Estrada menentang Miranda Adkins menjadi tumpuan dunia kerana telah merekodkan KnockOut(KO) terpantas dalam sejarah tinju wanita dengan mengambil masa hanya 7 saat sahaja.

Saat pertarungan bermula Saniesa Estrada telah menerpa lalu mengasak dengan garang dan agresif sekali melepaskan beberapa kombinasi tumbukan kiri dan kanan.

Miranda Adkins tidak mampu berbuat apa-apa malah tidak sempat mengangkat tangan untuk melindungi kepalanga. Hasilnya tumbuk laju-laju 7 saat kemudian.

Boom! Miranda Adkins terus terbaring ke kanvas yang menjadi pelapik lantai gelanggang tinju, pengadil terus menghentikan perlawanan maka sejarah pun tercipta.

Sekelip mata kau berubah, 7 saat sebelum itu Miranda Adkins teguh berdiri belum sempat kau sudah korek hidung Miranda Adkins sudah terbaring.

Pengulas pertarungan dari DAZN mengibaratkan perlawanan ini seperti Biri-biri menentang Singa, satu pertarungan tidak adil dan berat sebelah.

“Biri-biri menentang Singa. Tamat. Knockout(KO) terpantas dalam sejarah tinju wanita.”

Pertarungan ini membolehkan Seniesa Estrada mengekalkan gelaran juara World Boxing Council Silver Female Light Flyweight.

Pertarungan Berat Sebelah dan Merima kecaman

Jelas pertarungan ini berat sebelah di mana Seniesa Estrada yang berusia 28 tahun mempunyai rekod tanpa kalah dalam 19 pertarungan dan 8 daripadanya adalah melalui Knockout.

Miranda Adkins yang berusia 42 tahun merupakan calon pengganti dengan notis yang pendek dan baru mempunyai 6 pertarungan profesional dalam tempoh dua tahu dengan rekod 5 kemenangan(5KO) dan satu tewas.

Jacky Calvo merupakan lawan sebenar Seniesa Estrada namun terpaksa menarik diri keranan kecederaan lutut dan digantikan dengan Miranda Arkins yang sebelum bergelar petinju profesional sejak dua tahun lalu merupakan petarung Kickboxing dan MMA amatur.

Seniesa Estrada pula menjawab kritikan itu dengan memuji lawan beliau kerana keberanian Miranda Adkins menyahut cabaran.

“Disebabkan situasi wabak kini, kami cuba mendapatkan juara atau bekas juara dan Miranda seorang yang tampil ke depan untuk bertarung.”

“Aku tahu aku pasti akan menang secara KO. Tapi aku tak tahu berapa lama masa akan di ambil. Semoga Adkins OK.”

Mungkin ini satu peluang keemasan yang dilihat oleh Miranda Adkins lalu beliau terus menggapai peluang yang ada tanpa mengukur baju di badan.

Pertarungan ini telah meletakkan nama Seniesa Estrada dalam buku sejarah namun ramai peminat dan profesional mempersoalkan protokol keselamatan dan mengkritik pertarungan ini.

Pelatih tinju lagenda, Russ Abner telah meluahkan kerisauan hati beliau di Instagram.

“Selama 40 tahun lebih aku dalam permainan ini, aku telah melihat banyak benda yang sangat teruk.”

“Namun pertarungan ini berada ditahap lebih teruk sebagai satu perkara yang paling memilukan, menjijikan pernah aku lihat.”

“Siapa pun yang bertanggungjawab menghantar perempuan lemah dan tidak berdaya ke gelanggang seharusnya berasa malu. Semoga perkara ini menghantui hidup kau hingga ke akhir hayat. Kau menjijikkan!”

“Aku muak dan malu dengan tinju! Setan mana biarkan benda ni berlaku?”

Baca Juga

Baca Juga