8 Gelanggang Bersedia Untuk 51 Perlawanan Piala Asia

Piala Asia 2019 sudah memasuki edisi ke-17 merupakan satu kejohanan bola sepak yang teragung di benua Asia anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang diadakan setiap 4 tahun dan buat pertama kali kejohanan ini berlangsung dengan 24 pasukan bertanding.

Sebelum ini pusingan akhir Piala Asia menggunakan format 16 pasukan bertanding sejak tahun 2004 dan bagi menambah kemeriahan kejohan 8 pasukan lagi ditambah menjadi 24 pasukan yang terdiri daripada 6 kumpulan yang dihuni 4 pasukan.

Emiriah Arab Bersatu(UAE) menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2019 yang merupakan kali kedua UAE menjadi tuan rumah dan kali terakhir pada tahun 1996.

Dalam masa 3 hari lagi, tuan rumah Emiriah Arab Bersatu akan menentang Bahrain di stadium Zayed, Abu Dhabi pada Sabtu jam 8 malam.

Sebanyak 8 buah stadium yang akan digunakan bagi menyambut 24 pasukan terbaik dalam kejohanan paling besar di Asia ini melibatkan 4 bandar utama Abu Dhabi, Dubai Al-Ain dan Sharjah.

1. Stadium Bandar Sukan Zayed

Stadium Bandar Sukan Zayed akan membuka dan menutup kejohanan bersama 2 lagi venue di sekitar Abu Dhabi meyaksikan 20 perlawanan akan berlansung di bandar ini sepanjang 4 minggu.

Dengan kapasiti 43 ribu menjadikan Stadium Bandar Sukan Zayed adalah yang terbesar pada edisi kali ini di Emiriah Arab Bersatu.

Abu Dhabi, Stadium Bandar Sukan Zayed: 43,000 kapisiti, 8 perlawanan

Terletak hanya 20 kilometer dari lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi, gelanggang ini mudah diakses dan telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara besar dan berprestij termasuk konsert.

Abu Dhabi akan menyambut 8 pasukan untuk peringkat kumpulan dan akan menganjurkan 8 perlawanan termasuk perlawanan akhir.

2. Stadium Al Nahyan

Sementara itu Stadium Al Nahyan, sebuah Stadium yang dinaiktaraf untuk kejohanan ini menjadi stadium ke-2 di bandar Abu Dhabi dan 5 perlawanan akan berlangsung disitu.

Abu Dhabi, Stadium Al Nahyan: 12,000 kapasiti, 5 perlawanan

Bercakap mengenai stadium di seluruh Emiriah, Pengarah kejohanan Jawatankuasa Penganjur Tempatan Aref Hamad Al Awani,

“Penambahbaikan signifikan berlaku diseluruh venue bagi memastikan pasukan dan penyokong mempunyai kemudahan terbaik sepanjang kejohanan termasuk peminat di kaca TV”

“Dengan 51 perlawanan yang berlangsung, setiap gelanggang mempunyai teknologi terkini untuk memastikan keadaan berada di tahap terbaik. Teknologi rumput paling terkini ada di setiap venue”

3. Stadium Mohammed Bin Zayed

Stadium ke-3 di bandar Abu Dhabi yang akan digunakan pada kejohanan kali adalah Stadium Mohammad bin Zayed.

Abu Dhabi, Stadium Mohammed: 42,000 kapasiti, 7 perlawanan

Stadium bagi kelab Al Jazeera yang dibina pada 1979. Dimodenkan pada 2010 apabila menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab.

4. Stadium Al Maktoum

Stadium lain yang mengharungi peningkatan hebat adalah Al Maktoum di Dubai. menawarkan kemudahan canggih, berhampiran dengan lapangan terbang Dubai dan jajaran laluan metro bandar.

Dubai, Stadium Al Maktoum: 15,000 kapasiti, 4 perlawanan

Fasiliti pengangkutan awam yang lengkap serta moden ini membolehkan penyokong mendapat akses mudah ke stadium berkapasiti 15 ribu ini.

5. Stadium Al Sharjah

Stadium Al Sharjah yang berkapasiti 11 ribu orang penonton ini terletak di Sharjah yang merupakan bandar ketiga terbesar dan terpadat di Emiriah Arab Bersatu.

Sharjah, Stadium Al Sharjah: Kapsiti 11,000, 6 perlawanan

Selain bola sepak, bandar Al Sharjah ini terkenal dengan sukan Kriket dan tuan rumah Grand Prix bagi Formula One World Powerboating Championships.

6. Stadium Maktoum Bin Rashid Al Maktoum

Stadium Rashid terletak di seberang lingkungan air Dubai Creek bakal mendapat 5 perlawanan dari pasukan terbaik Asia.

Dubai, Stadium Al Rashid: 12,000 kapasiti, 5 perlawanan

Berhampiran dengan 2 stadium di Dubai, bandar Sharjah bakal menyaksikan 7 pasukan dari semenanjung Arab nersaing dalam 5 perlawanan peringkat kumpulan.

7. Stadium Hazza Bin Zayed

Di Al Ain, lebih kurang 1 jam dari Abu Dhabi dan Dubai peminat 10 negara akan berentap di Stadium Hazza bin Zayed. Stadium ini juga akan digunakan dalam 3 perlawanan peringkat kalah mati termasuk 1 separuh akhir.

Al Ain, Stadium Hazza: 25,000 kapasiti, 8 perlawanan

Gelanggang kelab Al Ain ini mempunyai 25 ribu kapasiti telah memenangi beberapa anugerah senibina dan kemudahan. Dengan rekabentuk panel putih yang mewakili pokok kelapas sawit. Stadium ini dilengkapi dengan kemampuan pencahayaan pelbagai.

8. Stadium Khalifa Bin Zayed

Sementara itu Stadium Khalifa Bin Zayed yang  telah distruktur semula dan diubahsuai bagi membolehkan 16 ribu peminat menikmati 6 perlawanan.

Stadium Khalifa merupakan stadium tertua di bandar Al Ain yang merupakan gelanggang rasmi Piala Asia 1996 yang dilangsungkan di Emiriah.

Al Ain, Stadium Khalifa: Kapasiti 16,000, 6 perlawanan

Permintaan tiket amat tinggi melibatkan 8 stadium tersebut dan penyokong digalakkan untuk membeli melalui atas talian www.asiancup2019.com.

Baca Juga

Baca Juga