9 Gol Terhasil Namun Hanya 3 gol Milik Speedy Tigers Di Klasifikasi 9-16

Pesta gol terjadi di Stadium Hoki Rourkela, India di mana 9 gol terhasil namun hanya 3 gol sahaja yang menjadi milik Speedy Tigers yang kecundang 6-3 kepada Afrika Selatan.

Malaysia turun beraksi lagi untuk klasifikasi tempat 9-16 di kejohanan kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 menentang Afrika Selatan yang merupakan pasukan tercorot di Pool A.

Speedy Tigers meneruskan saingan selepas dikecewakan Sepanyol dalam perlawanan cross over dalam perlawanan penuh mendebarkan sehingga ditentukan di penentuan pukulan penalti.

Jika dilihat kepada ranking dunia dan prestasi semasa di FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023, tiada masalah untuk Speedy Tigers membenam Afrika Selatan untuk ke klasifikasi 9-12 pula.

Menang atau kalah, Jepun atau India menunggu untuk perlawanan seterusnya kalah akan beraksi di klasifikasi 13-16 dan menang akan berada di klasifikasi 9-12.

Pukul sudut penalti Afrika Selatan sangat padu dan hampir saja membuka menjadi gol pembukaan namun boleh pula terkena palang yang halus mulus.

Bradley Sherwood telah membuka jaringan pada minit ke-8 melalui gol padang selepas menerima hantaran cantik dari Nqobile Ntuli yang terus disusuli satu tolakan mudah ketika tidak dikawal.

Kemudian Afrika Selatan datang lagi dengan satu serangan bahaya yang kali ini tersasar dan gagal disambar dan benteng pertahanan Speedy Tigers terlalu mudah bocor.

Serba tidak menjadi permainan anak buah Arul dalam cuaca panas ini di waktu tengahari, Speedy Tigers hanya nampak menyerang pada tempoh tiga minit awal sebelum kesenduan.

Guy Morgan menggandakan kedudukan buat Afrika Selatan pada awal suku kedua minit ke-16 yang berpunca dari pukulan sudut penalti yang terus membuatkan Speedy Tigers tertekan.

Afrika Selatan terus menekan dan Speedy Tigers agak bergelut mungkin kerana telah menjalani jadual yang padat dan permainan yang sengit dalam tiga perlawanan terkahir.

Nqobile Ntuli yang melakukan assist untuk gol pertama mencetak nama selaku penjaring untuk gol ketiga Afrika Selatan pada minit ke-25 melalui gol padang.

Speedy Tigers terus bergelut dan dihujung separuh masa pertama baru pukulan sudut penalti pertama berjaya diraih tetapi tanpa sebarang hasil.

Statistik separuh masa pertama jelas menunjukkan Afrika Selatan menguasai perlawanan dari segala segi gol, percubaan, penguasaan bola dan penembusan kotak D dalam perlawanan yang sepatutnya Speedy Tigers mampu melakukan lebih baik.

Bersambung permainan, Speedy Tigers kehilangan dua pemain pertahanan kerana dilayangkan kad hijau untuk mengekang asakan Afrika Selatan yang seperti tidak cukup dengan tiga gol.

Akhirnya Speedy Tigers berjaya mengurangkan defisit melalui pukulan sudut penalti melalui Muhammad Razie Abd Rahim dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar pula dilayangkan kad kuning.

Padang kering merencatkan sedikit permainan kerana pihak penganjur tidak menyembur air ke padang sewaktu rehat separuh masa.

Keenan Horne telah menjaringkan gol keempat buat Afrika Selatan selepas menyempurnakan hantaran dengan aksi layangan badan dari Samkelo Mvimbi pada minit ke-43.

Hanya seminit berselang Afrika Selatan mendapat pukulan penalti yang mudah di sempurnakan Mustapha Cassiem, apa sudah jadii dengan Speedy Tigers.

Malaysia pula mendapat pukulan penalti namun insiden itu dirujuk kepada video referral untuk menentukan samada siren berbunyi terlebih dahulu atau kekasaran yang dulu yang terjadi.

Dan keputusan awal pengadil tepat, pukulan penalti untuk Malaysia dan Muhammad Razie Abd Rahim menjadikan kedudukan 5-2 menamatkan suku ketiga.

Di suku terakhir tiada kesegeraan atau urgency dari Speedy Tigers yang longlai ketika Afrika Selatan masih tidak puas dengan 5 gol dengan meneruskan penguasaan.

Afrika Selatan mencabar keputusan pengadil yang memberi advantage dengan menggunakan Video Referral untuk menterbalikkan keputusan awal namun tiada kecurangan yang dikesan dan tiada sebab untuk keputusan awal ditukar.

Bradley Sherwood akhirnya menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keenam perlawanan yang terus meletakkan Afrika Selatan dalam kedudukan yang selesa ketika permainan berbaki kurang 4 minit.

Muhammad Firhan Ashaari menjaringkan gol ketiga Malaysia melalui satu gelecekan yang menarik untuk menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Gowan Jones.

Nqobile Ntuli membalas dengan gol ketujuh namun segera dibatalkan empire kerana terjadi kekasaran lebih awal dan perlawanan tamat Afrika Selatan 6-3 Malaysia.

Kesebelasan Utama Afrika Selatan vs Malaysia

Afrika Selatan : 32. Gowan Jones (GK), 8. Nduduzo Lembethe, 10. Keenan Horne, 11. Tevin Kok, 21. Jethro Eustice, 23. Guy Morgan, 24. Nicholas Spooner, 29. Samkelo Mvimbi, 30. Dayaan Cassiem (C), 31. Ryan Julius, 35. Connor Beauchamp.

Pemain Simpanan : 14. Hendrik Kriek (GK), 2. Mustaphaa Cassiem, 9. Bradley Sherwood, 22. Daniel Bell, 27. Nqobile Ntuli, 33. Jacques Van Tonder, 37. Luke Wynford

Ketua Jurulatih : Cheslyn Gie

Malaysia : Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Faizal Saari, Mohamad Ashran Hamsani, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Muhamad Ramadan Rosli, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Najib Abu Hassan, Muhammad Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.

Ketua Jurulatih : Arul Anthoni

BACA:  Kenapa Speedy Tigers Masih Tidak Layak Ke Suku Akhir Selepas Duduki Tangga Ke-2 Pool C?