9 Pemain Bola Sepak Dengan Kenaikan Nilai Perpindahan Tertinggi Ketika Ini

Kajian ini dilakukan oleh CIES Football Observatory yang merupakan pakar dalam menentukan harga perpindahan seorang pemain profesional. Kajian ini dilakukan secara sainstifik berdasarkan aloritma yang dibuat melalui analisis yuran perpindahan hampir 2,000 orang pemain profesional.

Pembolehubah yang digunakan dalam mengukur nilai perpindahan pemain mengikut beberapa faktor utama seperti prestasi pemain dan juga kelab, status antarabangsa, kontrak, umur dan posisi.

Ranking ini dikira berdasarkan perbezaan harga ketika pemain dibeli oleh kelab dan harga terkini pemain tersebut, maka jika dikirakan X = ?. Dengan menggunakan rumus ini maka anda akan peroleh jawapannya.

Rangking = Yuran perpindahan semasa/terkini – Yuran perpindahan ketika dibeli

Okay, abaikan rumus ini. Saja je letak rumus nak bagi nampak ilmiah. Mari kita lihat senarai pemain dengan kenaikan nilai perpindahan tertinggi.

9. Robert Lewandowski – Bayern Munich

Pemain kebangsaan Poland yang menyertai Bayern Munich dari Borussia Dortmund tidak perlu lagi dipertikaikan ketajaman penyudahnya. Lewandowski merupakan mesin pencetak gol berprestasi tinggi ketika bersama kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Ke Real Madrid kah ?

Lewandowski menyertai Bayern Munich secara percuma pada 2014 kini dianggarkan bernilai €102 juta. Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Yuran Perpindahan = Percuma (€0)
Nilai Semasa = €102 juta
Jumlah Kenaikan = €102 juta

8. Lorenzo Insigne – Napoli

Mempunyai fizikal yang hampir cocok dengan Messi dari segi ketinggian, boleh mengelecek dengan baik dan pantas. Titik pusat graviti yang rendah memberi ingauan ngeri kepada pemain pertahanan. Bekas rakan sepasukan beliau Goran Pandev memberi gelaran Italian Messi kepada Insigne.

Meningkat naik bersama skuad remaja Napoli sebelum membuat kemunculan bersama Skuad Utama Napoli pada musim 2012/13 ddengan menjaringkan 5 gol dan 7 bantuan gol. Persembahan yang padu dari pemain muda berusia 21 tahun pada ketika itu.

Allahu, Mahal jugak aku!

Sehingga kini masih setia bersama Napoli. Oleh kerana Insigne berasal dari akademi Napoli, maka tiada yuran perpindahan yang wujud disini. Insigne kini dianggarkan bernilai €105 juta.

Yuran Perpindahan = Percuma (€0)
Nilai Semasa = €105 juta
Jumlah Kenaikan = €105 juta

7. Marcus Rashford – Manchester United

Marcos Rashford yang merupakan anak jati Manchester United diramal bakal menjadi pemain bintang pasukan Setan Merah dengan prestasi semasa yang ditunjukkan. Rashford dinilai pada tanda harga perpindahan semasa, €112 juta.

Satu tanda harga yang tinggi buat pemain muda dan prospek masa depan England. Cristiano Ronaldo juga telah menamakan Rashford antara pemain yang mampu menjadi penggantinya satu hari nanti.

Rasford juga digelar ‘King Of Debut’ apabila menjaringkan gol dalam debutnya di mana-mana kejohanan. Baru berusia 19 tahun, Rashford sudah menjadi pemain skuad Senior England selepas mampu bermain di aras tertinggi dan menjaringkan gol penting dalam perlawanan berprofil tinggi.

Sambil lari boleh gelak. Hebat kan?

Rashford memiliki kelajuan yang baik, kemampuan teknikal dan kemahiran menggelecek yang padu seperti kebanyakkan pemain muda yang lain tetapi yang membezakan mereka adalah ketenangan dan keyakinan yang ada pada Rashford pada usia yang begitu muda.

Di usia 20 tahun, Rashford belum menjadi seorang pemain yang sempurna kerana banyak lagi aspek boleh dimajukan tetapi sudah boleh dianggap pemain berkelas dunia membuatkan Ronaldo yakin Rasford mampu meningkatkan permainannya ke tahap dewa dalam beberapa tahun lagi.

Yuran Perpindahan = Percuma (€0)
Nilai Semasa = €112 juta
Jumlah Kenaikan = €112 juta

6. Mohammed Salah – Liverpool

Penyerang antarabangsa Egypt, Mohammed Salah berjaya mempamerkan prestasi yang menakjubkan walaupun baru sahaja menyertai Liverpool Ogos lalu. Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai yang lalu, Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan.

Pemain sensasi Liverpool power this is our year juga berazam mahu membantu pasukannya mengakhiri kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan percaya prestasi semasanya boleh membantu Liverpool memenangi sesuatu musim ini.

Syukur! Semua Allah yang punya. Ada yang engkau punya? Semua Allah punya.

Salah dibeli dari Roma dengan harga €50 juta yang berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan pulangan yang Salah berikan ketika nilai perpindahan pemain semakin menggila. Nilai terkini Salah adalah sekitar €163 juta je. Euuwww!

Beliau berjaya menjaringkan dari pelbagai sudut, kiri, kanan, atas dan bawah dalam semua pertandingan sejak berpindah dari AS Roma dan impiannya untuk memenangi sesuatu bersama Liverpool mungkin tidak termasuk memenangi Liga perdana Inggeris..

Walaupun namanya Salah namun Liverpool tidak melakukan pembelian yang salah.

Yuran Perpindahan = €50 juta
Nilai Semasa = €163 juta
Jumlah Kenaikan = €113 juta

5. Paulo Dybala – Juventus

Sudah terlalu lama bola sepak Argentina mencari pemain yang mampu menjadi penyambung kecemerlangan Diego Maradona. Pablo Aimar, Ariel Ortega dan ramai lagi. Namun para pemain ini gagal untuk menanggung beban dibandingkan dengan Maradona sehinggalah kemunculan Leo Messi.

Setelah lama menunggu dalam mencari pengganti Maradona, kini the Albiceleste telah menjumpai pewaris Messi walaupun Messi masih belum bersara. Pemain itu adalah Paulo Dybala.

La Joya atau permarta merupakan nama panggilan yang diberikan kepada Dybala dan telah menjadi pemain paling penting buat La Vecchia Signora atau Juventus buat masa ini dan lebih penting dari pemain yang memecahkan rekod perpindahan kelab, Gonzalo Higuan.

Muda dan Mahal

Pada 4 Jun 2015 Dybala telah diikat oleh Juventus dari Palermo untuk tempoh 5 tahun dengan harga €40 juta. Selepas 3 tahun bersama Juventus harga pasaran semasa Dybala melonjak naik ke angka €155 juta.

The left-footed baby-faced assassin(Pembunuh Upahan Bermuka Bayi Berkaki Kidal) ini tidaklah mempunyai kelajuan yang mencecah kelajuan bunyi seperti Messi nama beliau dianugerahkan dengan kaki kiri mengancam beserta penyudah yang tajam.

Dybala juga dianugerahkan dengan otak yang mempunyai processor berkelajuan tinggi di mana Dybala mampu melihat sesuatu situasi 10 saat lebih laju berbanding pemain lain di padang.

Yuran Perpindahan = €40 juta
Nilai Semasa = €155 juta
Jumlah Kenaikan = €115 juta

4. Antoine Griezmann – Atletico Madrid

Sejak beberapa tahun lepas Griezmann telah menunjukkan peningkatan yang baik dan tahun ini beliau telah meletakkan dirinya sebagai 3 terbaik dunia. Tahun 2016 agak cemerlang untuk Griezmann bersama Perancis dan Atletico Madrid.

Bersama Perancis, Griezmann telah membantu Perancis untuk mara ke final EURO 2016 sebelum tewas kepada Portugal. Di Atletico Madrid pula, Griezmann telah memacu kelab berkenaan ke final Champion League dan muncul naib juara.

Hallo! Barcelona ke tu?

Namun Griezmann agak tenggelam selepas dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain. Namun tahun 2018 menyaksikan Griezmann kembali bangkit dang menemui kembali sentuhannya.

Pada tahun 2016 Griezmann dinilai pada harga €82 Juta dan kini nilainya terus meningkat kepada €158 Juta je. Pada tahun 2014 Griezmann menyertai Atletico Madrid dari Real Sociedad dengan yuran perpindahan €30 juta.

Yuran Perpindahan = €30 juta
Nilai Semasa = €158 juta
Jumlah Kenaikan = €128 juta

3. Dele Alli – Tottenham Hotspur

Dele Alli Menyertai akademi Milton Keynes Dons pada usia 11 tahun dan membuat debut bersama pasukan utama pada November 2012 ketika berusia 16 tahun apabila masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Cambridge City di Piala FA.

Sentuhan pertamanya sebagai pemain profesional adalah melalui satu hantaran backheel. Jaringan pertama dalam karier profesionalnya hadir 11 hari kemudia dalam perlawanan ulangan menentang Cambridge City.

Musim seterusnya Alli terus menjadi pemain utama MK Dons dan kecermelangan Alli menyebabkan Spurs mengeluar wang sebanyak €7 juta untuk mengikat beliau untuk tempoh 5 tahun setengah pada Februari 2015.

Selepa itu Alli tidak menoleh kebelakang lagi dan kini pada usia 21 tahun Alli menjadi tonggak utama Spurs dan England yang bernilai €171 juta . Alli juga mempunyai bakat dalam lakonan ketika beraksi di padang.

Yuran Perpindahan = €7 juta
Nilai Semasa = €171 juta
Jumlah Kenaikan = €164 juta

2. Lionel Messi – Barcelona

Pada usia 31 tahun Lionel Messi masih mempunyai tanda harga yang tinggi. Sehingga kini Messi yang berasal dari akademi La Masia, Barcelona masih setia bersama. Namun jika ada kelab yang berminat mereka perlu membayar harga €197 juta.

Messi bakal berdepan cabaran Salah untuk meraih Ballon D’Or ke-6

Adakah berbaloi mendapatkan Messi yang sudah berusia pada tanda harga tersebut?

Yuran Perpindahan = Percuma (€0)
Nilai Semasa = €197 juta
Jumlah Kenaikan = €197 juta

1. Harry Kane – Tottenham Hotspur

Pada musim 2015-16, Kane hanya mula dikenali selepas menggantikan Roberto Soldado yang hanya tahu menjaringkan gol melalui tendangan penalti dan sejak itu, Kane digelar sebagai pemain yang ketagih menjaringkan gol.

Pada Januari 2016, Kane dinilai pada harga €40 juta, dan nilainya pada hujung tahun 2016 meningkat kepada €65 juta, terutamanya selepas Manchester United dan Real Madrid menunjukkan tanda-tanda berminat untuk membeli pemain ini.

Gua bukan cempion la syiall! Kah!Kah!Kah.

Penyerang yang berkualiti pada hari ini memang sukar untuk ditemui dan Kane berjaya meneruskan prestasi cemerlangnya dan kini tanda harga Kane adalah €198 juta. Kane menyertai Spur apabila ditawarkan kontrak biasiswa pada 2009.

Yuran Perpindahan = Percuma (€0)
Nilai Semasa = €198 juta
Jumlah Kenaikan = €198 juta

Senarai Penuh 50 Pemain Bola Sepak Dengan Nilai Perpindahan Tertinggi Ketika Ini

Di manakah kedudukan Cristiano Ronaldo. Berdasarkan laporan dari CIES ini, Ronaldo dianggarkan bernilai €101.3 juta je. Euwww! Ronaldo menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan yang memecahkan rekod dunia ketika itu, €94 juta.

Berdasarkan rumus di atas, Rangking = Yuran perpindahan semasa/terkini – Yuran perpindahan ketika dibeli

Maka Jumlah Kenaikan = €101.3 juta – €101.3 juta
= €7.3 juta

Saje je buat kira-kira, sekali lagi aku nak nampak pandai.

Sumber : CIES Football Observatory 

Baca Juga

Baca Juga