9 Persamaan Leicester City Dengan Pasukan Chelsea yang Memenangi UCL Pada Tahun 2012

Leicester City sekali lagi dalam misi mencipta benda ajaib di dunia selepas melakukannya pada musim lalu dengan memenangi Liga Perdana Inggeris. Kali ini, mereka menepis tanggapan awal para pahlawan kekunci dan media yang mengatakan mereka bakal tersingkir awal daripada Liga Juara-juara, dengan layak ke suku akhir menentang Atletico Madrid.

Walaupun kalah kepada Atleti dalam pusingan pertama, peluang pasukan Musang Berjanggut ini masih terbuka dan hanya perlu menjaringkan dua gol di tempat sendiri dalam pusingan kedua nanti.

Apabila dikaji semula perjalanan Leicester pada musim ini, jalan yang dilalui mereka 99 peratus sama dengan laluan pasukan Chelsea pada tahun 2012, tahun mereka muncul juara Eropah sebagai pasukan bawah anjing!

Sebelum kita buat kesimpulan, ada baiknya kita kaji dahulu apakah persamaannya.

Tewas Perlawanan Pertama Pusingan 16 Pasukan

Pada tahun 2012, Chelsea tewas kepada Napoli dalam perlawanan pertama, 3-1, di tempat lawan.

Pada tahun 2017, Leicester tewas kepada Sevilla dalam pusingan pertama, 2-1 , di tempat lawan.

Pecat Pengurus

Chelsea bertindak memecat pengurus, Andre Villas Boas, pada 4 Mac

Leicester memecat Claudio Ranieri pada 23 Februari.

Prestasi Sebelum Memecat Pengurus

Sebelum memecat Villas Boas, Chelsea sekadar memenangi tiga daripada 11 perlawanan liga.

Sebelum memecat Ranieri, Leicester hanya memenangi dua daripada 11 perlawanan liga.

Pengganti Pengurus

Chelsea melantik pembantu Villas Boas, Roberto Di Matteo sebagai pengurus sementara.

Leicester melantik pembantu Ranieri, Craig Shakespeare sebagai pengurus sementara.

Empat Kemenangan

Di Matteo memenangi empat perlawanan pertamanya sebagai pengurus Chelsea, termasuk pusingan 16 pasukan UCL

Shakespeare memenangi empat perlawanan pertamanya sebagai pengurus Leicester, termasuk pusingan 16 pasukan UCL

Rekod Penjaga Gol

Petr Cech merekodkan lima clean sheet dalam kempen Liga Juara-juara

Kasper Schmeichel merekodkan lima clean sheet dalam kempen Liga Juara-juara

Pasangan Pemain Tengah

Pemain tengah Chelsea terdiri daripada pasangan orang Inggeris dan Nigeria – Lampard dan John Obi Mikel.

Pemain tengah Leicester terdiri daripada pasangan orang Inggeris dan Nigeria – Danny Drinkwater dan Wilfred Ndidi

Bukan Top 4

Chelsea menamatkan kempen liga di luar empat teratas

Leicester bakal menamatkan liga di luar empat teratas

Liga Juara-juara

Chelsea menjuarai Liga Juara-juara

Leicester menjuarai………………..?

Kesimpulan

Berdasarkan persamaan serentak di atas, Leicester dilihat bakal menjuarai Liga Juara-juara. Adalah diharapkan dengan kejayaan Leicester City mencipta sejarah ini, semua page-page Leicester City Malaysia akan kembali aktif dan timbul seperti musim lalu.

Gambar dan sumber artikel diambil dari Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga