Abang Botak Ok Je Dengan United Dan Mahu Sepak Muka Board

Abang Botak yang menjadi kegemaran ramain denga ulasan penuh bersahaja lagi menyakinkan kembali lagi dengan video baru untuk dibualkan.

Selepas bercakap mengenai pasukan dan pemain lain serta topik lain seperti dakwat dan zakat, Abang Botak kembali kepada fitrah dengan kembali berbicara mengenai pasukan Manchester United.

Kalau korang dah lama follow Abang botak ini maka sudah pasti korang tahu bahawa Abang Botak ini merupakan penyokong tegar Manchester United.

Abang Botak menyatakan okay saje dengan presrasi semasa Manchester United yang hampir saban minggu membuat kelakar dan kalah dalam perlawanan tak patut.

Bagi Abang Botak dia okay kalah sebab ditengah padang itu bukannya gandingan
Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, Angel Di Maria dan Paul Pogba yang merupakan antara pemain terbaik dunia.

Ketika Manchester United tewas yang berada di atas padang adalah Mason Greenwood, Andreas Pereira, Scott McTominay kerana mereka bukan pemain bintang pun.

Abang Botak juga menyatakan bahawa jika Board Manchester United tu kawan beliau, memang kena sepak dah muka board tu. Tempeleng laju-laju mungkin.

Keputusan Board Manchester United kadang kala tidak masuk akal dan menyimpan pemain seperti Phil Jones dan menjual Paul Pogba dan Jesse Lingard. Ini mungkin sukar kerana Pogba baru lepas pembedahan.

David De Gea bagi Abang Botak telah melepasi waktu puncaknya dan ditambah pula dengan kebocoran bahagian pertahanan terutamanya dari Viktor Lindelof.

Itulah antara intipati apa yang dibincangkan Abang Botak dalam video ini. Korang tengok la sendiri.

—-

Baca Juga

Baca Juga