Abang Botak: Van Dijk Patut Menang Ballon d’Or 2019 Bukan Messi

Abang Botak dari ML Studio telah menyatakan bahawa Virgil Van Dikj sepatutnya menang anugerah Ballon d’Or 2019 dan lebih layak berbanding Lionel Messi.

Virgil van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik dunia bersama pasukan terbaik di muka bumi sang penakluk Dunia, Liverpool power this is our year.

Kenyataan daripada Abang Botak ini amat mengejutkan juga kerana beliau merupakan seorang penyokong tegar Manchester United, Si Setan Merah.

Bagi Abang Botak pencapaian Lionel Messi tahun lalu tidaklah padu sangat nak dibandingkan dari segi jaringan gol, Robert Lewandowski dan Harry Kane pun bagus.

Jika dibandingkan dengan pencapaian Van Dijk jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding Messi.

Dalam memuji sempat lagi menganjing Van Dijk sebagai seorang yang bongok kerana memerli Cristiano Ronaldo yang tewas kepada Messi.

Abang Botak juga berpendapat Ballon d’Or paling jujur adalah ketika Luka Modric memenangi anugerah tersebut pada 2018.

Modric cemerlang tahun itu dengan mara ke final Piala Dunia dan juara Champions League dengan menjadi nadi utama pasukan.

Jika Liverpool cemerlang lagi tahun ini, Abang Botak berpendapat Sadio Mane patut diberikan anugerah kerana cemerlang dan zuhud.

Sejak dua menjak ini saham Abang Botak semakin melonjak dan tidak hanya berbicara tentang bola sepak semata-mata lagi.

Abang Botak yang sentiasa dinanti ulasan bersahaja dengan suaranya ditambah dengan ketampannya menambat hati semua.

Dengan keanggunan yang ada pada Abang Botak dan ceramah yang sedap dilayan Abang Botak berbicara dan mempromosikan pasal Zakat online.

Sebelum ini selain bola sepak banyak benda yang telah diborakkan oleh Abang Botak dengan jayanya.

Abang Botak mempromosikan ink printer murah yang sangat membantu mereka yang sentiasa menggunakan produk ini.

Baca Juga

Baca Juga