Vincenzo Montella telah dipecat dari jawatannya sebagai pengurus AC Milan berkuat kuasa serta merta selepas pasukan bimbingannya mengharungi permulaan musim yang sederhana dimana AC Milan kini menghuni tangga ke-7 Serie A selepas mengharungi 14 perlawanan.
Bekas pemain AC Milan, Gennaro Gattuso telah dinamakan sebagai pengurus pasukan yang baru. Gattuso sebelum ini mengisi jawatan sebagai ketua pembangunan pemain muda di San Siro dan keputusan untuk melantik beliau adalah tindakan yang boleh dikatakan agak selamat keranan beliau mengetahui selok belok berkenaan kelab tersebut.
Milan kini berada di kedudukan ke-7 liga, ketinggalan 18 mata dibelakang pendahulu liga, Napoli. Keputusan untuk memecat Montella hadir selepas AC Milan hanya mampu mencatat keputusan seri pada perlawanan hujung minggu lalu menentang Torino.
Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan kelab melalui akaun rasmi Twitter yang berbunyi:
“AC Milan dengan ini mengumumkan Vinceno Montella telah meninggalkan kelab. Segala urusan berkenaan pasukan utama kini telah diserahkan kepada Gennaro Gattuso, yang telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Primavera (skuad muda AC Milan) dan kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Gattuso.”
#ACMilan announce to have parted ways with @VMontella. Management of the first team is entrusted to Gennaro Gattuso, who leaves his position as Primavera coach and to whom we wish the best of luck
— AC Milan (@acmilan) November 27, 2017
Sebelum pemecatan Montella, AC Milan hanya mampu meraih dua kemenangan dari 9 perlawanan terakhir liga mereka dan keputusan yang dicatat pada hari Ahad lalu menentang Torino adalah perlawanan ke-4 berturut-turut AC Milan gagal menjaringkan gol di tempat sendiri.
Montella hanya mampu meraih 6 kemenangan sahaja dalam Serie A musim ini dan walaupun berjaya memulakan musim dengan cemerlang dengan 10 kemenangan dari 12 perlawanan semua pertandingan, prestasi pasukannya semakin merudum selepas itu dan disebabkan itu, beliau telah kehilangan jawatannya sebagai pengurus di San Siro.
Dalam saingan Europa League pula, nasib Milan lebih baik kerana mereka telah melayakkan diri ke pusingan seterusnya walaupun saingan kumpulan masih berbaki 1 perlawanan.
The Rossoneri gagal menunjukkan prestasi yang sama di peringkat domestik walaupun telah berbelanja besar pada tirai perpindahan pemain musim panas lalu. Antara pemain ternama yang dibawa masuk adalah Leonardo Bonucci, Ricardo Rodriguez, Hakan Calhanoglu, dan Andre Silva.
A @VMontella vanno i più sentiti ringraziamenti per l'attività svolta, l'impegno, la serietà, la correttezza professionale ?? https://t.co/wXlIimcqcz
We are very grateful to Mr. Montella for all the work done, for the commitment and professionalism ?? https://t.co/uA0uIPN4K9 pic.twitter.com/4JwoNbNttx— AC Milan (@acmilan) November 27, 2017
Pengurus baru Milan, Gattuso pernah mewakili pasukan tersebut lebih 400 perlawanan dari tahun 1999 sehingga 2013. Beliau adalah sebahagian dari pasukan yang memenangi pelbagai kejuaraan di bawah Carlo Ancelotti dimana mereka berjaya memenangi dua kejuaraan Serie A, dan dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Musim ini menyaksikan Gattuso telah ditugaskan Milan untuk membimbing pasukan remaja mereka. Pasukannya menunjukkan prestasi yang agak baik dan kini menduduki tangga ke-3 liga Primavera, 2 mata dibelakang pendahulu, Atalanta. Pasukannya hanya dipisahkan dengan pasukan tangga kedua, Inter Milan dengan perbezaan jaringan sahaja, dimana skuad remaja AC Milan telah memenangi 6 dari 8 perlawanan terakhir mereka.