AC Milan Bakal Sertai Zlatan Ibrahimovic?

AC Milan dilaporkan telah menawarkan Zlatan Ibrahimović kontrak bernilai sebanyak €2.2 bagi tempoh 6 bulan.

Menurut laporan SportMediaset (MilanNews.it), Pengarah Sukan, Leonardo Araújo dan Pengarah Strategi dan Pembangunan Sukan AC Milan, Paolo Maldini telah membuat perjanjian untum pemain berusia 37 tahun itu.

Sebelum ini Zlatan Ibrahimovic dilaporkan telah bersetuju menerima tawaran dari AC Milan.

Bekas pemain Barcelona, Inter Milan dan Manchester United kini hanya menunggu maklum balas dari Leonardo Araujo untuk memuktamadkan perjanjian.

Kedua-dua belah pihak juga dilaporkan berminat untuk menjadikan perjanjian ini menjadi kenyataan.

Awal minggu ini telah heboh bahawa kelab Italy itu dalam proses untuk mengikag kembali bekas pemainnya itu.

Milan News, Antonio Vitiello mendedahkan bahwa ejen yang mewakili Ibrahimovic, Mino Raiola telah mengadakan pertemuan selama 4 jam dan Zlatan dipercayai menjadi isu utama perbincangan itu.

Sebelum ini, Penyerang Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovic menolak spekulasi yang mengaitkan dirinya untuk kembali bermain di Eropah secara pinjaman pada Januari nanti.

Zlatan baru sahaja menamatkan musim pertamanya di Major League Soccer (MLS) selepas berpindah secara percuma awal pada awal tahun ini dari Manchester United. Secara keseluruhan, beliau berjaya menjaringkan 22 gol dari 27 perlawanan untuk Galaxy.

Pemain berusia 37 tahun itu masih mempunyai kontrak sehingga hujung tahun 2019, namun demikian beliau tidak berminat untuk mengikut jejak langkah pemain ternama MLS dahulu yang bermain di Eropah secara pinjaman ketika liga sedang berehat.

Antara pemain yang pernah berhijrah ke Eropah buat sementara ketika musim MLS sedang berehat adalah David Beckham (LA Galaxy-AC Milan, 2009;2010), Landon Donovan (LA Galaxy-Everton,2010;2012), Robbie Keane (LA Galaxy-Aston Villa, 2012), Jermain Defoe (Toronto FC – Tottenham, 2014).

“Jika Galaxy mempunyai saya, maka saya adalah pemain LA Galaxy. Saya tidak akan pergi ke Eropah secara pinjaman.. saya tidak perlukan ia.” Ujar bekas pemain Sweden yang pernah bermian untuk Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United suatu ketika dahulu.

Kehadiran Zlatan dalam pasukan La Galaxy masih gagal untuk membantu pasukan tersebut layak ke pusingan play-off dalam saingan Piala MLS selepas tumpas 3-2 di tangan Houston Dynamo.

Kekalahan tersebut menyebabkan Galaxy terpaksa melupakan niat untuk bermain di pusingan play-off musim ini.

BACA:  Tonali Berhadapan Hukuman Lebih Berat Berbanding Ivan Toney Jika Didapati Bersalah