AC Milan Tiada Perancangan Untuk Jual Donnarumma

Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Marco Fassone berkata Gianluigi Donnarumma tidak akan dibenarkan berpindah keluar dari AC Milan walaupun menerima kritikan dari peminat sendiri minggu lepas.

Fassone turut menegaskan AC Milan tidak akan sekali-kali melayan sebarang tawaran yang hadir terhadap Donnarumma apabila tirai perpindahan musim sejuk dibuka Januari depan.

Penjaga gol antarabangsa Itali ini baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama AC Milan awal musim ini yang mengikat beliau sehingga 2021.

Sebelum itu, beliau teruk dikecam peminat AC Milan kerana enggan menandatangani kontrak baru dan dituduh gilakan duit pada usia yang sangat muda.

Kecaman peminat AC Milan terhadap Donnarumma berlaku ketika mereka menang 3-0 ke atas Verona dalam saingan Coppa Italia minggu lepas.

Kemarahan peminat berpunca daripada ejen Donnarumma, Mino Raiola yang mahu perjanjian lanjutan kontrak yang ditandatangani awal musim ini dibatalkan serta merta kerana Donnarumma dipaksa untuk menurunkan tandatangan tanpa kerelaan.

Raiola memang bukan asing lagi dalam dunia bolasepak kerana beliau menjadi jutawan dengan mewakili pemain ternama dunia seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic.

Walau bagaimanapun, dakwaan Raiola telah disangkal sendiri oleh Donnarumma dalam posting Instagram terbarunya yang mendakwa pemain ini dipaksa kekal bersama AC Milan. Fassone juga telah mengeluarkan kenyataan terbaru berkenaan situasi semasa Donnarumma di San Siro dan beliau dipetik berkata:

“Rabu lalu adalah satu malam yang sukar buat Donnarumma dan setiap individu yang berkait dengan AC Milan kerana perkara sebegini merupakan masalah kepada kelab. Saya sangat gembira untuk melihat Donnarumma hadir ke parti Krismas skuad remaja kami. Saya juga gembira dengan post Instagram terbarunya dimana beliau mengesahkan tidak menerima sebarang tekanan dari pihak luar untuk menandatangi kontrak lanjutan bersama kami.”

https://twitter.com/IFTVofficial/status/941039785631723520

“Beliau kini lebih tenang dan saya berharap isu ini akan reda. Kami tidak mempunyai sebarang pelan untuk menjual Donnarumma. Beliau adalah aset kepada kelab ini. Jika suatu hari beliau datang kepada kami dan berkata mahu berpindah, kami bersedia untuk mendengar tawaran dari kelab luar.”

“Saya tahu ada percubaan untuk menggunakan kaedah yang tidak betul bagi membolehkan Donnarumma dijual pada harga yang lebih rendah dari nilai sebenar pemain ini. Semua pihak atasan kelab, termasuk saya akan melindungi Donnarumma.”

Baca Juga

Baca Juga