ACL 2021: Ratchaburi 0-1 JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) turun perlawanan kedua Asian Champions League (ACL) menentang Ratchaburi di Stadium Rajamangala, Thailand.

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan kedua bagi kedua-dua Ratchaburi saingan Asian Champions League (ACL) 2021, Kumpulan G.

JDT dan Ratchaburi tewas pada perlawanan pertama. JDT kalah kepada Nagoya Grampus 0-1 manakala Ratchaburi tewas di tangan pasukan tradisi pertandingan ACL Pohang Steelers 0-2.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yakin pasukannya mampu menewaskan kelab dari Thailand tersebut.

Sementara itu Jurulatih Ratchaburi, Seksan Siripong mahu membuktikan kelab ini antara yang terbaik di Thailand.

Itulah yang telah dibuktikan oleh Benjamin Mora apabila telah berjaya mengalahkan Ratchaburi 1-0 untuk mengutip 3 mata pertama.

Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Leandro Sebastian Velazquez pada awal separuh masa kedua atau lebih tepatnya pada minit ke-47.

JDT ternyata lebih unggul apabila menguasai perlawanan dengan 16 percubaan dan 6 daripadanya adalah percubaan tepat.

Hanya dua sahaja percubaan yang dilakukan oleh Ratchaburi dengan hanya satu percubaan tepat.

Kenapa JDT boleh menang?

1. Ratchaburi bernasib baik

Ratchaburi tidak akan berada di peringkat kumpulan jika kelab-kelab dari Australia tidak menarik diri. Ratchaburi dijadualkan bertemu Pohang Steelers pada peringkat kelayakan akhir. Akibat dari situasi tersebut perlawanan tersebut tidak dijalankan dan kedua-dua pasukan layak secara automatik.

Adakah Ratchaburi boleh tewaskan Pohang Steelers di peringkat kelayakan? Mereka kalah 0-2 kepada pasukan ini pada beberapa hari lepas.

2. JDT lebih senior, Ratchaburi Debut

Ini merupakan musim ke-3 berturut-turut JDT bermain di pentas ACL melalui merit kejuaraan Liga Super Malaysia. Kejuaraan liga bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi secara berturut-turut.

Ratchaburi pula layak ke peringkat kelayakan akhir melalui slot tempat ke-4 Thai League 1. Namun kedudukan itu diambil ketika liga memasuki pertengahan musim -15 perlawanan. Perkara itu dilakukan kerana jadual musim 2020 dipanjangkan sehingga 2021 kerana masalah covid.

Kedudukan sebenar Ratchaburi selepas tamat 30 perlawanan adalah tempat ke-8. Menunjukkan pasukan ini adalah pasukan sederhana dari Thailand sedangkan JDT merupakan gergasi Malaysia.

Faktor covid (liga) membantu Ratchaburi bermain di ACL buat kali pertama disamping faktor tarik diri kelab dari Australia.

3. Majoriti pemain JDT bertaraf pemain kebangsaan

Pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, skuad Malaysia dibarisi oleh majoriti pemain dari JDT. Dalam 2-3 perlawanan negara seramai 8 hingga 9 JDT berada dalam senarai kesebelasan utama. Skuad ini menewaskan Thailand.

Sementara itu tiada pemain Ratchaburi berada dalam senarai 11 pemain Thailand yang terlibat dengan kempen kelayakan di Dubai. Kelab ini tidak mempunyai pemain kebangsaan seperti JDT yang memiliki Mamadou Sumareh, Safawi Rashid dan sedozen lagi.

Ibarat seperti Melaka United lawan BG Pathum Thani dan BG Pathum Thani merupakan pasukan pilihan.

RUMUSAN

JDT seharusnya menang mudah. Selain dari keptusan itu ia adalah kejutan.

Baca Juga

Baca Juga