Adailton Martin Lagenda Mesin Pencetak Gol Brazil Yang Dilupakan

Nama Erling Braut Haaland kini menjadi bualan ramai di seluruh dunia kerana kehebatannya di atas padang.

Rekod jaringan beliau sangat luar biasa dengan kemampuan teknikal yang padu. Beliau lasak, laju dan rajin.

Tahu tak korang, yang Haaland pernah skor 9 gol dalam satu perlawanan pada kejohanan belia FIFA B-20 yang lalu.

Itulah detik di mana Erling Braut Haaland mengumumkan namanya di persada dunia. Seluruh peminat bola sepak mulai kecoh membincangkan rekod itu.

Selain dari Haaland sebenarnya ramai lagi bakat hebat yang pernah wujud dari pertandingan Piala Dunia Remaja anjuran FIFA.

Namun bukan semua bakat hebat yang muncul di peringkat remaja ni mampu bertahan hingga peringkat seniur.

Tahukah korang, dari kesemua edisi Piala Dunia Remaja anjuran FIFA, edisi yang dilangsungkan di Malaysia adalah yang paling banyak menampilkan pemain hebat dan berbakat.

Piala Dunia B-20 FIFA 1997 merupakan edisi ke-11 Piala Dunia B-20 anjuran Fifa.Kejohanan ini telah berlangsung di Malaysia bermula 16 Jun hingga 5 Julai.

Kejohanan ini telah menampilkan pemain berbakat yang telah menggegar dunia seperti Michael Owen, Thiery Henry dan Pablo Aimar.

Lahirnya Pemain Berbakat

Piala dunia remaja 1997, pada kejohanan ini lah dimana Michael Owen mula dikenali dunia apabila beliau menjaringkan 3 Gol dalam kejohanan tersebut.

Pablo Aimar turut menjadi perhatian atas aksi hebat yang ditunjukkan dalam kejohanan itu. Dan dalam kejohanan ini juga menyaksikan Gol keramat jaringan Lionel Scalloni yang mengegar jaring Gol stadium Sarawak menjadi fenomena.

Ketika ini juga Thiery Henry merupakan seorang pemain yang bermain di bahagian sayap bersama dengan skuad Perancis.

Beliau tak dikenali sangat dalam kejohanan tersebut walaupun antara penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan 3 Gol.

Siapa paling mencuri perhatian dalam kejohanan tersebut dan di mana beliau selepas dari kejohanan itu?

Mari kita kenali mesin pencetak gol dari Brazil yang sangat dikagumi satu ketika dulu dan apa yang berlaku kepada beliau selepas kejohanan itu.

Adailton Martins, bintang muda Brazil

Ada seorang pemain yang diramal bakal menjadi gandingan berbisa Ronaldo untuk saingan Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis.

Pemain yang dimaksudkan adalah Adailton Martins. Beliau meledak 10 gol dalam Piala Dunia B-20 pada tahun 1997. Walaupon pada ketika itu, pasukan Brazil hanya berjaya sampai ke peringkat suku akhir sahaja.

4 perlawanan 10 gol nyata sesuatu yang hebat bukan? Adailton menjadi bintang yang berjaya mencuri tumpuan sepanjang kejohanan.

Adailton Martin memiliki segala skill dan kualiti sebagai seorang penyerang prospek yang hebat. Kemampuan untuk membaca permainan dan juga teknik rembatan yang tajam adalah kelebihan beliau.

Tapi setakat itu sahajalah kerjaya peringkat antarabangsa beliau.

Permata yang malap

Adailton kemudiannya bermain untuk Parma tetapi gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Seterusnya, Adailton dipinjamkan ke PSG namun masih gagal untuk mencapai potensi yang diharapkan.

Hellas Verona cuba membentuk semula kerjaya Adailton, malangnya tidak pernah mencapai tahap yang sering mereka harapkan.

Tidak Menepati Ramalan

Menjadi ‘golden boy’ pada era itu beliau di letakkan harapan yang tinggi untuk terus bersinar dan menjadi penyerang sensasi untuk skuad Brazil.

Namun selepas kejohanan itu, Adailton serba serbi tidak menjadi, sentuhan berbisanya hilang. Pelbagai usaha dilakukan agar beliau mendapatkan semula rentak permainan hebatnya. Namun semua usaha itu menemui jalan mati.

Dek Kerana itu, kejohanan Piala dunia remaja di Malaysia pada tahun 1997 adalah aksi terakhir Adailton di peringkat antarabangsa.

Rumusan

Adailton dianggap pemain muda yang menjadi ‘back up’  paling ideal kepada generasi emas Brazil ketika itu yang dianggap paling berbakat.

Namun sayang sekali Adailton sekadar mencetak namanya sebagai prospek yang mengujakan untuk satu kejohanan piala belia sahaja.

BACA:  Dunga Di Pecat Dan Tite Pengendali Baru Brazil