Adakah Benzema Akan Kembali Untuk Final Piala Dunia? Ini Jawapan Deschamps

benzema deschamps

Persoalan mula ditimbulkan kepada Didier Deschamps apabila Perancis berjaya ke perlawanan akhir dengan menundukkan Maghribi untuk bertemu Argentina, adakah Karim Benzema akan kembali untuk final Piala Dunia 2022?

Pengurus Perancis, Didier Deschamps tidak menawarkan jawapan yang jelas sama ada Karim Benzema boleh membuat kepulangan sensasi untuk perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina atau tidak

Juara bertahan Piala Dunia, Perancis menjulang tiket mereka ke final dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan yang merupakan juara dihati ramai, Maghribi di Stadium Al-Bayt.

Anak buah Deschamps telah beraksi cemerlang pada kejohanan di Qatar walaupun dilanda masalah kecederaan yang ketara dialami oleh pemain tonggak utama seperti Paul Pogba, N’Golo Kante, Christopher Nkunku dan Karim Benzema.

Namun itu tidak menjadi masalah kerana Perancis mempunyai squaq depth yang amat menggerunkan bagi hampir setiap posisi dan ketiadaan pemain tonggak ini telah digalas dengan baik dan membuatkan ketiadaan pemain tonggak sebelum ini dirasai.

Karim Benzema telah dimasukkan dalam senarai skuad 26 pemain terakhir Perancis oleh Didier Deschamps, tetapi penyerang Real Madrid itu terlepas Piala Dunia kerana kecederaan.

Bagaimanapun, penyerang Perancis berusia 34 tahun itu masih boleh mengambil pingat pemenang Piala Dunia jika Perancis menewaskan Argentina pada perlawanan akhir Ahad di Stadium Lusail.

Deschamps tidak menggantikan Benzema dalam skuad 26 pemainnya, tetapi pemain antarabangsa Perancis itu telah dikaitkan dengan kepulangan yang menakjubkan sebelum berakhirnya Piala Dunia.

Menurut Marca, pemenang Ballon d’Or 2022 itu dilaporkan telah kembali menjalani latihan penuh bersama Madrid selepas pulih daripada kecederaan pahanya.

Tindakan Didier Deschamps itu menghantar Benzema pulang dianggap sebagai satu keputusan tergesa-gesa dan tidak sabar, kini Benzema telah dilaporkan sudah pulih.

Walaupun sudah pulih tahap kecergasannya masih diragui dan jika Benzema masih di dalam skuad pasti akan memeningkan Deschamps kenapa tidak menurunkan Benzema.

Kini Perancis sudah ke final Piala Dunia untuk mempertahankan gelaran namun persoalan Benzema akan dipanggil atau tidak terus menjadi tanda tanya. Kalau Benzema masih dalam pasukan mungkin akan menimbulkan konflik tak terjangka.

Apabila ditanya sama ada Benzema boleh kembali ke Perancis untuk perlawanan akhir Piala Dunia, Deschamps menolak soalan mengenai kapten Los Blancos itu.

Bercakap selepas kemenangan separuh akhir Perancis pada hari Rabu, bos Perancis itu berkata:

“Saya sebenarnya tidak mahu menjawab soalan itu. Soalan seterusnya. Saya minta maaf.” Ujar Didier Deschamps menutup persoalan ramai secara tergantung.

Real Madrid pula telah dilaporkan memberi pelepasan khas kepada Karim Benzema untuk kembali ke Qatar jika dia diperlukan Perancis.

Deschamps menegaskan bahawa pasukannya dari Perancis akan melakukan “segala yang mungkin secara manusiawi” untuk menghalang Lionel Messi daripada membawa Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia.

“Kami akan melakukan segala yang mungkin secara manusiawi agar perkara itu tidak berlaku. Pada penghujung perlawanan, seseorang mendapat bintang ketiga pada baju mereka.” katanya.

Perancis dan Argentina kini masing-masing mempunyai dua gelaran juara Piala Dunia dan berpeluang untuk menjadikannya kepada tiga kejuaraan.

Messi, yang telah berada dalam prestasi sensasi di Piala Dunia, membuka jaringan untuk Argentina dalam kemenangan separuh akhir 3-0 pasukannya ke atas Croatia pada hari Selasa.

Ketiadaan Karim Benzema langsung tidak dirasai apabila Olivier Giroud menggalas tanggungjawa itu dengan sebaiknya dan telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis.

Pada ketika ini Perancis tidak memerlukan Benzema dan Benzema yang memerlukan Perancis dan ketika mereka muncul juara pada 2018, Benzema tiada dalam pasukan.

Aksi Benzema bersama Perancis amat terhad, pada Piala Dunia 2014, Benzema membuat lima penampilan sebagai pemain kesebelasan utama sehinggalah ditunjuk jalan keluar oleh Jerman di suku akhir.

Setahun kemudian, pada 2015 Benzema telah terlibat dalam satu skandal melibatkan Mathieu Valbuena dan kelibat Benzema tiada dalam pasukan Perancis sehinggalah Jun 2021, Benzema kembali untuk EURO 2022.

Sejak membuat kepulangan semula, Benzema bermain 16 perlawanan dengan menjaringkan 10 gol dan dengan gelaran pemenang Ballon d’Or 2022, Benzema tidak beraksi di Piala Dunia kerana kecederaan.

BACA:  Ketua Kartel Kongsi Pengalaman Pecah Rumah Ronaldo Dan Benzema Tapi Tak Sanggup Rompak Messi