Adakah Hafizul Hakim Salah Tidak Berada Di Atas Garisan Gol Semasa Sepakan Penalti?

Drama dan kepaduan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak dan Terengganu yang berlansung Epik terus menjadi isu hangat, terbaru laporan dari Berita Harian yang berbunyi ‘Kejayaan Perak julang Piala Malaysia tak sah?’ membikin ribut.

Ini ekoran kenyataan dari seorang bekas pengadil berpengalaman negara yang enggan namanya didedahkan mengesahkan kesilapan pengadi perlawanan, Suresh Jayaranam melakukan dan tidak menghukum Hafizul Hakim.

Dalam kenyataan kepada Berita Harian itu, pengadil misteri berkata :

“Salam Sis mohon rahsiakan identiti saya.”

“Mengikut peraturan, Hafizul Hakim perlu berada di atas garisan gol sebelum bola bergerak atau disepak oleh pemain Terengganu.”

“Jika dia tidak berada di atas garisan gol dan bergerak lebih awal, pengadil seharusnya mengarahkan sepakan semula dibuat dan melayangkan kad kuning kepada penjaga gol itu. Dan jika dua kali dia melakukan kesalahan sama, dia patut dilayangkan kad merah.”

“Tapi ternyata pengadil perlawanan pada malam itu gagal melaksanakan peraturan yang ditetapkan dan ini memberikan keuntungan kepada Perak dan memberikan kerugian kepada Terengganu.”

“Apatah lagi dua gol sepakan penalti yang gagal disempurnakan pemain Terengganu itu adalah ketika Hafizul Hakim tidak berada di atas garisan gol. Bila dia tidak berada di atas garisan gol, ini akan memberi kelebihan kepadanya dari segi jarak dan masa untuk bertindak balas kepada bola lebih lama,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Itulah kenyataan dari bekas pengadil dan tidak pula menyatakan kemenangan Perak tidak sah. Maka kerana kenyataan ini ramai mula sangsi dan mempertahankan pasukan masing-masing tanpa merujuk kepada peraturan permainan sebenar dan sekadar bermain persepsi.

Maka The Sukan sebagai poser sejati tidak akan melepaskan peluang ini untuk menunjuk pandai dengan hanya perlu merujuk kepada kitab Law of the game.

Syarat Sepakan Penalti

Mari kita buka kitab Law of the Game yang dikeluarkan oleh International Football Association Board yang dianggotai oleh FIFA dan empat negara Home Nations. Kalau nak baca secara penuh, boleh klik di sini, baca sendiri.

Syarat sah penalti adalah seperti berikut :

1- Bola mesti lah diletakkan secara pegun di tanda penalti dalam kotak penalti.

2- Pemain yang akan mengambil penalti hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu.

3- Penjaga gol pasukan yang bertahan mestilah berada/kekal pada garisan gol, menghadap penendang, dan di antara kedua-dua tiang gol sehinggalah bola disepak.

Atas garisan dan antara dua tiang Apa kau faham?

4- Selain daripada dua pemain tersebut, pemain lain hendaklah :

  • Berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) jaraknya daripada titik penalti
  • Belakang titik penalti
  • Di dalam kawasan padang
  • Di luar kotak penalti

5- Selepas semua pemain memenuhi syarat di atas, maka pengadil perlu memberi isyarat bahawa tendangan perlu mula diambil. Isyarat ni tak kisah lah pengadil nak jerit ke, lompat ke, mengangkang ke, tapi memandangkan pengadil ada wisel, maka tiuplah wisel.

6- Penendang penalti mestilah menendang bola ke hadapan, backheel atau dogel diharamkan kecuali kalau bola bergerak ke hadapan.

7- Bola dikira hidup selepas disepak dan jelas bergerak.

8- Penendang tidak boleh menyentuh bola sebelum bola itu disentuh oleh pemain lain.

9- Tendangan penalti dikira lengkap setelah bola berhenti bergerak, keluar dari kawasan permainan atau pengadil menghentikan permainan jika ada pelanggaran undang-undang.

Selepas merujuk kepada peraturan yang diterjemah dari buku undang-undang maka jelaslah bahawa Hafizul Hakim telah melakukan kesalahan dan berada dalam situasi yang tidak benar.

Jelas salahnya bukan?

Hafizul Hakim masih berada di belakang garisan gol ketika sepakan dibuat dan meluru keluar dari dalam untuk menyelamatkan sepakan.

Dari belakang garisan ketika sepakan dibuat.

Namun Hafizul tidak akan menjadi pelaku kesalahan apabila tidak dihukum oleh pengadil perlawanan yang mungkin tidak menyedari situasi itu. Pemain Terengganu juga tidak membuat sebarang bantahan mungkin tidak sedar atau tidak tahu.

Ini semua perancangan Iluminati.

Tiada laporan dan bantahan maka tiada siasatan dibuat. Jika ditubuhkan suruhajaya siasatan diraja, jelas Hafizul salah mengikut peraturan pada ketika perlawanan berlangsung dan keputusan perlawanan tetap tidak akan berubah. Namun keputusan pengadil muktamad dan keputusan perlawanan adalah atas pertimbangan pengadil ketika perlawanan.

Perak adalah juara Piala Malaysia 2018 itu adalah hakikat yang tidak dapat diubah. Tidak ada keputusan perlawanan yang melibatkan kontroversi dalam dunia ini yang kemudian kantoi selepas perlawanan diubah.

Semua sudah berlalu, apa lagi kau nak? Daripada meroyan tak tentu hala marilah kita bersama mengambil ibrah atau pengajaran dari peristiwa ini atau kau boleh salahkan Yahudi atau Iluminati kerana bola sepak adalah sukan yang melalaikan serta memecah belahkan manusia.

Nyata kekuatan mental menjadi faktor pemisah untuk kemenangan Perak.

– Gol dibatalkan tanpa alasan kukuh.
– Ketinggalan dua gol hasil kesilapan sendiri.
– Bermain 10 pemain.
– Berdepan kegilaan pengadil.

Baca Juga

Baca Juga