Rundingan pengambilalihan Newcastle United diteruskan selepas Peter Kenyon menghantar surat kepada Mike Ashley.
Tawaran Kenyon untuk membeli Newcastle masih belum berakhir, dia telah menghubungi Ashley secara peribadi dengan janji untuk meneruskan rundingan pada bulan ini.
Konsortium yang diketuai oleh Kenyon telah menyerahkan rundingan itu selepas gagal untuk mencari dana £ 300 juta yang dimahukan oleh pemilik Newcastle United.
Tatapi surat yang dihantar sebelum krismas dilihat oleh media Sportmail jelas bahawa perbincangan masih diteruskan dan penjualan kepada bekas eksekutif Chelsea tersebut masih berjalan.
Mesej yang dihantar kepada kelab untuk perhatian peribadi Ashley, kenyon menulis tentang keputusan akhir diperlukan dalam memuktamadkan perjanjian secepat mungkin pada tahun baru.
“Kami menyimpukan perjanjian kami secepat mungkin… kami berdua mungkin kecewa jika proses perjanjian tidak berkembang seperti yang kami harapkan”
Tekanan kepada Ashlay semakin meningkat selepas sekurang-kurangnya 8 kumpulan penyokong menulis surat mendesaknya supaya membuat keputusan secepat mungkin. Pilihan ke-2 diberikan kepada Ashlay adalah melabur dana pada pintu perpindahan Januari.
Terdapat keraguan terhadap kelab mengatakan perbincangan tentang penjualan kelab hanya dilakukan pemilik untuk memadamkan protes yang semakin meningkat.
Terdapat laporan sebelum krismas bahawa konsortium yang diketuai Kenyon bersama bekas ketua eksekutif manchester City telah menawarkan 1/3 dari harga yang diminta £ 100 juta. Rundingan tersebut telah lama berlaku.
Walaupun masih belum di peringkat eksklusif perkembangan tersebut berkembang lebih baik berbanding dari Amanda Staveley.
Sebelum ini Amanda berada dalam senarai individu yang cuba untuk mengambil alih kelab ini tetapi prose tersebut dilabelkan membuang masa.
“Saya gembira apabila konsortium yang diketuai oleh saya digambarkan kumpulan yang terbaik. Telah berbulan-bulan kami memikirkan mengenai perjanjian ini dan telah melaburkan masa yang banyak dan wang untuk penasiaht undang-undang kami”- Peter Kenyon
Kenyon juga mengucapkan penghargaan kepada Ashley diatas kesabarannya dalam proses rundingan tersebut dan berharap ada lanjutan rundingan berlaku pada januari ini.
Masalah akan timbul jika rundingan tidak dapat dimuktamadkan sebelum pintu perpindahan ditutup. Ahsley tidak akan melabur dana untuk pemain baharu kerana kelab mungkin akan dijual.
pemilik baharu perlu mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan dana dalam pintu perpindahan Januari abagi memberi impak jangka masa pendek pasukan.
Newcastle hanya 2 mata di zon penyingkiran dan membimbangan pengurus pasukan Rafa Benitez.
Sementara itu Benitez kekal percaya dengan potensi yang dimilik kelab. Kelab ini masih berada dipasaran untuk dijual, sekurang-kurangnya terdapat 4 pihak berminat dan bersedia memenuhi harga yang diminta.
Benitez berkata dia tidak boleh terlalu memikirkan perkara tersebut, tetapi percaya kelab perlu terus menjadi tarikan kepada pihak yang berminat.
“Saya faham mengapa seseorang mahu membeli kelab ini”
“Ia sangat jelas, sangat berpotensi menjadi kelab terbaik. Menjadi 6 atau 8 kelab terbaik”
“Saya melihat ramai yang mengkritik pasukan dari utara-timur ini tetapi ia adalah kawasan yang berpotensi besar. Hanya kelab ini yang ada di rantau ini, kawasan yang besar dan boleh menarik sesiapa sahaja di sekitarnya”
“Anda pergi ke Madrid dan anda melihat terdapat 4 hingga 5 kelab berada di tahap maksima. Anda pergi ke Milan dan perkara sama berlaku. Hanya Napoli sahaja hampir sama dengan Newcastle, semua orang menyokong 1 kelab di bandarnya. Ia positif dan unik apabila anda memiliki kelab seperti ini”
“Ada yang mengatakan kami tidak menghasilkan pemain melalui sistem akademi, tetapi itu tidak benar. Kami mempunyai ramai kanak-kanak di sekitar yang sukakan bola sepak dan mereka gembira untuk menjadi pemain utama pasukan ini nanti, jadi anda boleh menarik sesiapa sahaja. Saya dapat melihat potensi itu”
‘Melakukan perkara yang betul pada masa yang tepat anda berpotensi menjadi 8 kelab terbaik atau 6 terbaik dan pergi ke kejohana eropah”
“Ini peluang yang bagus tetapi ia tidak hanya bergantung kepada saya. Saya berada disini kerana saya dapat melihat potensi ini”
“Tugas saya adalah tumpukan perhatian kepada apa yang boleg kami lakukan sekarang dan terus kekal di Liga Perdana”