Syarikat Konsortium Arab Saudi sepertinya sudah semakin hampir untuk melengkapkan pembelian Newcastle United dari Mike Ashley dalam masa terdekat ini.
Rundingan berkait pengambil alihan kelab ini sudah berlangsung sejak tahun lalu namun ia berakhir dengan kegagalan atas pelbagai sebab.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini, ia sepertinya akan berjaya untuk dimuktamadkan dengan Syarikat Konsortium Arab Saudi itu hanya menunggu masa untuk dinobatkan sebagai pemilik baru Newcastle.
Newcastle will suffer from FSG's biggest Liverpool problem despite £250m takeover
By @TheoSquiresEcho #LFC https://t.co/QmGmk8rIcV
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 7, 2021
Sky Sports News melaporkan yang calon pemilik baru, Premier League dan Newcastle sedang berusaha keras untuk memastikan urusan pengambil alihan kelab boleh diumumkan secepat mungkin.
Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa ia akan diumumkan malam ini, namun ada beberapa hal yang masih perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Tidak ada jaminan yang pengambil alihan itu boleh diumumkan pada hari ini atau esok, namun kesemua pihak berharap agar segala urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Para penyokong Newcastle tentunya berharap saga pengambil alihan kelab yang sudah berjalan sejak 18 bulan lalu mampu dimuktamadkan.
BREAKING: The Saudi-led takeover of #NUFC appears to be back on after the Saudi state resolved issues with beIN Sports over illegal streaming of Premier League football.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) October 6, 2021
Pemilik baru merupakan Syarikat Pelaburan milik Arab Saudi, ‘Public Investment Fund (PIF)’ yang akan memegang 80 peratus saham dan akan mengakhiri pemilikan kontroversi Mike Ashley sejak 14 tahun yang lalu.
Syarikat Konsortium itu sebelum ini pernah menarik diri dari membeli Newcastle pada Julai 2020, atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.
Selain masalah-masalah melibatkan hak asasi manusia, penyiaran saingan Premier League secara haram, dan lain-lain hal, urusan pengambil alihan Newcastle turut ditentang oleh beberapa pasukan dalam saingan Premier League.
🚨⚽️ | NEW: A pie chart showing Newcastle United's potential new owners' wealth in comparison to fellow Premier League clubs' pic.twitter.com/N22gkfPzpW
— Football For All (@FootballlForAll) October 7, 2021
Amanda Staveley yang mengetuai usaha peralihan pemilikan itu telah membuat kenyataan terbuka menyatakan ada 10 kelab yang telah menentang pemilikan tersebut.
Dan dua kepalanya adalah Liverpool dan Tottenham Hostpur yang dikatakan paling lantang menentang perjanjian tersebut.
Insiders close to the Newcastle takeover bid reportedly believe Liverpool and Tottenham were among those clubs that opposed it. https://t.co/RRr82HfDNv
— football.london (@Football_LDN) July 30, 2020
Dipetik daripada The Times, Staveley sangat sedih apabila peranjian bernilai £300 juta itu dibatalkan dan ianya juga memberikan kesan kepada penyokong Newcastle.
Di mana sebelum ini mereka berimpian memiliki pasukan yang kaya raya. Ini kerana pemilik baharu itu jauh lebih kaya daripada pemilik Manchester City dan PSG.
Oleh kerana berangan itu sentiasa percuma, maka penyokong Newcastle telah berangan angan yang tidak tidak sebelum perjanjian disahkan.
Mereka sudah membayangkan, Kylian Mbappe, Gareth Bale, Kalidou Koulibaly, dan Lionel Messi, antara nama yang sudah dilihat memakai jersi dengan belang putih hitam ikonik itu.
Namun perjanjian itu gagal kerana berlaku penentangan daripada pemilik lain di dalam Premier League.
EXCLUSIVE: A tearful Amanda Staveley blames rival clubs and Premier League delays for Newcastle takeover withdrawal. She tells The Times she is "heartbroken". Interview and story with @Lawton_Times https://t.co/9Qu2ELAwK6
— Martyn Ziegler (@martynziegler) July 30, 2020
Peraturan oleh Premier League, pemilik baharu dan ketua pengarah baharu perlu menjalani ujian khas dan mendapat sokongan 2/3 daripada pemilik lain.
Perkara itu gagal dilakukan oleh konsortium PIF, apabila ada 50% pasukan yang menentang pemilikan tersebut.
Dalam pada masa yang sama, The Times melaporkan bahawa Mike Ashley kini mencari pembeli baharu.
EXCLUSIVE: A tearful Amanda Staveley blames rival clubs and Premier League delays for Newcastle takeover withdrawal. She tells The Times she is "heartbroken". Interview and story with @Lawton_Times https://t.co/9Qu2ELAwK6
— Martyn Ziegler (@martynziegler) July 30, 2020
Staveley mendedahkan:
“Sudah tentulah, proses yang terlalu lambat ini memberikan kesan kepada semua ini.”
“Mereka memiliki masa untuk melakukannya, namun mereka menyatakan kami tidak menjawab beberapa soalan mereka. Sedangkan kami sudah melakukannya.
“Ada kelab lain di EPL yang tak mahu melihat perjanjian ini menjadi kenyataan.”
“Jelas sekali kami sangat kecewa. Kami sedih untuk para penyokong Newcastle, kerana mereka hampir melihat wang pelaburan masuk ke kelab mereka ketika berhadapan dengan krisis ekonomi daripada impak Brexit dan Covid, ini sangat penting untuk mereka.”
“Kegagalan ini adalah malapetaka buat mereka. Proses ini telah berlarutan dengan sangat lama, dan ada peluang terhidang di hadapan mata untuk membawa masuk pelabur.”
Staveley pada ketika itu menafikan isu hak cipta penyiaran yang melibatkan beIN dan beoutQ di Timur Tengah juga menjadi isu.
Sebelum ini beIN telah meminta kesemua pemilik EPL menentang pemilikan itu kerana kerajaan Arab Saudi dilaporkan menjadi dalang kepada penyiaran haram EPL di negara mereka selepas konflik diplomasi di antara Qatar dan Arab Saudi.
Amnesty International has reminded the Premier League that Saudi Arabia’s record on human rights must be a factor in deciding whether the takeover of #NUFC by a Saudi-led consortium can go ahead.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) October 7, 2021
Staveley kemudian menyatakan, walaubagaimanapun, mereka tetap berusaha menyelesaikan perkara itu.
Selain daripada isu hak cipta itu, PIF turut mendapat tentangan daripada Amnesty berkaitan dengan isu hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, syarikat Konsortium tersebut berjaya menyelesaikan segala masalah itu terutama permasalahan antara mereka dengan beIN sports berkait penyiaran saingan Premier League secara haram.
beIN tidak mampu menyiarkan apa-apa siaran di Arab Saudi sejak empat tahun setengah yang lalu, atas masalah berkait hubungan diplomatik.
Saudi Arabia’s sovereign wealth fund moved close to a deal to acquire Newcastle United in the English Premier League, giving it a foothold in the world’s most popular sports enterprise after more than two years of on and off talks https://t.co/hSP6Jy8lfW
— The Wall Street Journal (@WSJ) October 7, 2021
Namun kita masalah tersebut sudah berjaya diselesaikan. Namun begitu, bagaimana pula dengan penerimaan Liverpool, Spurs dan pasukan lain tentang urusan ini? Ia masih menjadi tanda tanya.
Sumber: The Times