Adakah Motta Akan Guna Formasi Ultra Offensive 2-7-2 Bersama Genoa?

Bekas pemain tengah PSG, Thiago Motta yang mempunyai pemikiran yang berbebza dan unik dalam membicarakan perihal taktikal yang digunakan dalam perlawanan kini telah dilantik sebagai pengurus kelab Italy, Genoa.

Pengurus berusia 37 tahun itu telah dilantik sebagai pengurus Genoa selepas Aurelio Andreazzoli dipecat. Adakah Motta akan menggunakan taktikal super offensive dengan formasi 2-7-2?

Ini merupakan tugas pertama Thiago Motta sebagai pengurus pasukan utama yang sebelum ini mengendalikan pasukan PSG bawah 19 tahun. Lantikan Motaa terus menarik perhatian dunia bola sepak.

Thiago Motta mungkin bermain lama di bawah tunjuk ajar Jose Mourinho ketika berada di Inter Milan, tetapi itu tidak menghalangnya untuk membawa idea beliau sendiri apabila melangkah ke bidang kejurulatihan.

Dalam satu temuramah bersama akhbar dari Itali Gazzetta dello Sport tahun lalu, Motta berkata beliau mahu mencipta satu formasi ‘ultra’ menyerang yang mana formasi tersebut meletakkan penjaga gol sebagai pemain tengah!

Motta pernah bermain untuk beberapa kelab ternama seperti Barcelona, Atletico Madrid, Inter Milan dan Paris Saint-Germain sebelum mengumumkan persaraannya pada hujung musim lepas.

https://twitter.com/YASPR_/status/1186275559392854017

Beliau yang menimba pengalaman sebagai jurulatih dengan menguruskan pasukan bawah 19-tahun Paris Saint-Germain tidak sempat mempraktikkan taktik serangan melampau bersama pasukan remaja PSG.

Motta juga berkata beliau mahu pasukannya mengawal permainan dengan mengamalkan tekanan yang tinggi dan melakukan pergerakan yang banyak sama ada ketika mempunyai penguasaan bola atau pon tanpa bola.

“Idea saya adalah untuk bermain secara menyerang. Pasukan yang lebih ‘pendek’, yang mampu mengawal permainan dengan tekanan yang tinggi. Dan juga melakukan banyak pergerakan ketika mempunyai bola atau tanpa bola.”

“Saya mahu pemain saya sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya 3 atau 4 pilihan dan dua rakan sepasukan berada erdekatan untuk membantu.”

“Perkara paling sukar dalam bola sepak selalunya adalah untuk bermain dengan mudah.”

2-7-2

“Saya tidak suka melihat formasi di atas padang kerana ia sentiasa menipu kita. Anda boleh bermain ‘super’ menyerang dengan bermain formasi 5-3-2 dan bertahan apabila menggunakan formasi 4-3-3.”

“Ia sebenarnya bergantung kepada kualiti pemain yang anda miliki. Saya pernah terlibat dalam satu perlawanan pada masa lepas dimana dua pemain full back menamatkan perlawanan dengan bermain sebagai No.9 dan No.10. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak suka pemain seperti Walter Samuel atau Giorgio Chiellini yang memang dilahirkan untuk menjadi pemain pertahanan.”

Pada penghujung temu ramah, Motta telah ditanya adakah formasi yang dimaksudkannya itu adalah 2-7-2, tetapi Motta menafikannya.

“Tidak. Penjaga gol juga dikira sebagai salah seorang dari 7 pemain tengah. Bagi saya, penyerang adalah pertahanan yang pertama dan penjaga gol adalah penyerang yang pertama.”

“Penjaga gol kerjanya adalah memulakan gerakan menggunakan kakinya. Manakala penyerang pula adalah pemain pertama yang memberi tekanan untuk kembali merampas bola dari pihak lawan.”

Motta juga menambah impiannya adalah untuk menguruskan pasukan utama Paris Saint-Germain pada masa hadapan. Penjaga gol seperti Manuel Nueur dan Ederson tentu gembira apabila bermain di bawah formasi Motta.

Untuk lebih kefahaman mengenai formasi 2-7-2 Motta ini boleh rujuk video dibawah. Tak faham? Tepuk dada tanya selera.

Baca Juga

Baca Juga