Adama Traore Cipta Rekod Dunia Baru di Kejohanan Piala Negara Afrika

Tidak seperti Kejohanan Piala Eropah atau AFC Champions League, Kejohanan Piala Negara Afrika tidak mendapat perhatian para peminat bola sepak dunia, terutamanya di Malaysia.

Maka oleh sebab itu tidak ramai yang menyedari bahawa satu sejarah telah tercipta dalam perlawanan kumpulan E semalam, di mana pasukan Mali menewaskan Mauritania 4-1.

Menariknya, Adama Traoré telah dua kali tercatat sebagai penjaring. Pada mata kasar, tiada apa yang istimewa.

Tetapi, sebenarnya kedua-dua Adama Traoré adalah dua pemain yang berbeza.

Malah Adama Traoré,berjersi nombor 14, menjaringkan gol, lalu digantikan dengan Adama Traoré (jersi nombor 21) lantas turut menjaringkan gol.

Adama Traoré ini bermain bersama pasukan US Orleans, dipinjamkan dari Metz.

Menarik bukan?

Kau pernah tengok Safiq Rahim jaringkan gol lalu diganti Safiq Rahim dan turut menjaringkan gol.

Adama Traoré ini pula bermain untuk pasukan Cercle Brugge, dipinjamkan dari AS Monaco

Tak pernah kan?

Jadi bersorak gembira lah kerana kau berjaya melihat saat bersejarah yang lebih penting daripada anugerah Púskas ni.

Selepas sedikit kajian dilakukan, rupanya ramai pemain yang bernama Adama Traoré yang masih aktif dalam arena bola sepak dunia.

Senarai nama Adama Traoré

Maka jika kau terlibat dalam pemilihan pemain import di mana-mana pasukan Liga Malaysia, kau tengoklah betul-betul Adama Traoré mana yang kau nak bawa masuk.

Ye lah, kau pun scout pemain guna YouTube je kan? Lepas tu kenyang komisen kan?

Lepas tu pemain import tu main macam jahanam, kau pun bagi pemain import lain kan? Kenyang komisen lagi kan?

Baca Juga

Baca Juga