Adebayor : Dengan Bertanya Apa Khabar Sahaja Nescaya Rosicky Akan Cedera

Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor berkata Arsenal pada masa yang lepas tidak mempunyai sebarang peluang untuk mencatatkan kemenangan di Old Trafford dengan pemain ‘budak-budak’, dan menambah beliau adalah pemain paling kuat dalam pasukan ketika itu.

Adebayor menjelaskan lagi beliau bermain dengan sekumpulan pemain ‘budak-budak’ ketika bersama Arsenal, dan berkata Tomas Rosicky boleh mengalami kecederaan dengan mengucapkan ‘apa khabar’ sahaja kepada pemain tengah berasal dari Republik Czech ini.

Pemain antarabangsa Togo ini menyertai Arsenal dari Monaco pada Januari 2006 dan menghabiskan masa selama 3 tahun setengah di Emirates sebelum mengambil keputusan yang penuh kontroversi untuk berpindah ke Manchester City.

Adebayor meninggalkan Arsenal dengan tangan kosong, selepas gagal meraih sebarang piala ketika bersama The Gunners. Beliau berpendapat kegagalan Arsenal meraih sebarang piala ketika itu adalah berpunca dari kedegilan Arsene Wenger yang mahu pasukannya dibarisi pemain yang teknikal dan berskil tinggi sahaja.

Adebayor yang kini bermain di Liga Turki bersama pasukan Istanbul Basaksehir, percaya pemain yang sering dilanda kecederaan seperti Tomas Rosicky adalah lambang kegagalan Arsenal pada masa tersebut.

Rosicky adalah pemain tengah Arsenal ketika itu dan lebih dari separuh masanya bersama Arsenal dihabiskan dalam bilik rawatan bagi merawat pelbagai kecederaan.

Adebayor ketika ditemuramah akhbar berpengkalan dari Perancis, So Foot turut berkata beliau adalah pemain yang paling kuat fizikalnya dalam pasukan Arsenal ketika itu.

“Saya adalah pemain paling kuat dalam pasukan, walaupun saya hanya mempunyai berat badan sekitar 73kg. Chelsea mempunyai Michael Essien dan Michael Ballack untuk bahagian tengah mereka, tetapi kami mempunyai Tomas Rosicky.”

“Jika kamu bertanya ‘apa khabar’ sahaja kepada Rosicky, nescaya beliau akan mengalami kecederaan dan terkeluar dari pasukan selama 2 bulan setengah.”

Walaubagaimanapun, Adebayor tidak menyalahkan Rosicky sepenuhnya atas kegagalan Arsenal untuk bersaing, dengan kekurangan pasukan bimbingan Arsene Wenger dari segi fizikal adalah punca utama mereka gagal bersaing dengan pasukan kuat yang lain dalam peringkat domestik dan Eropah.

“Dalam perlawanan biasa, bakat boleh mengubah keputusan perlawanan, tetapi kamu tidak akan memenangi perlawanan di Old Trafford dengan hanya menurunkan ‘budak-budak’.”

Dalam waktu yang singkat bersama Arsenal, Adebayor berjaya menjaringkan 62 gol dari 142 penampilan dengan kempen 2007/08 adalah musim terbaiknya dari segi produktiviti, dimana sepaka beliau berjaya menemui jaring sebanyak 30 kali dalam semua pertandingan.

Ini Adebanor bukan Adebayor.

Selepas meninggalkan Arsenal untuk mnyertai revolusi yang berlaku di Manchester City, pemain yang berusia 33 tahun ini gagal menampilkan persembahan yang meyakinkan dan kerap berpindah randah.

Antara kelab yang diwakilinya selepas City adalah Real Madrid, Tottenham dan tahun lepas bersama Crystal Palace.

Adebayor berpindah ke Turki pada Januari lalu dan dilihat kembali mendapat rentaknya selepas berjaya mencetak beberapa gol kebelakangan ini, dengan yang terbaru hatrik ketika pasukannya menentang Galasataray.

Baca Juga

Baca Juga