Emmanuel Adebayor menerima kecaman yang teruk di negara asalnya selepas beliau dikritik enggan membantu Togo memerangi penularan wabak Covid-19.
Namun beliau tetap mempertahankan dirinya dari dikritik dan menganggap bahawa dia tidak bersalah dan tidak patut dikritik.
Adebayor tidak pernah merancang untuk menggunakan sumber kewangan peribadinya untuk tujuan tersebut dan beliau berpuas hati dengan nikmat kehidupan yang dimiliki olehnya sekarang.
FilGoal | News | Adebayor: I didn’t bring the Corona virus to Togo, so why donate? https://t.co/ecQqmeSd7m pic.twitter.com/BFX28txn3t
— EG 24 NEWS (@EG24NEWS) April 22, 2020
Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Tottenham itu menerima pendapatan £175,000 seminggu ketika masih beraksi di Etihad.
Sepanjang karier profesionalnya, Adebayor telah meraih pendapatan yang luar biasa banyak untuk seseorang yang hidup di Togo.
Adebayor kini berada di negara kelahiran beliau dan sedang menjalani perintah berkurang yang diumumkan oleh pemerintah.
Namun beliau secara terang-terangan menegaskan bahawa beliau tidak akan menderma dan menolak dari tanggungjawab memerangi wabak Covid-19.
Sehingga kini, Togo sudah mencatatkan lebih dari 88 kes positive jangkitan wabak Covid-19 dan mereka juga telah mencatatkan enam kes kematian.
Fed Up Adebayor Says He Did Not Bring Coronavirus To Togo As Pressure To Make Donations Piles https://t.co/fIyBZprjEx pic.twitter.com/aEhkyv1CWB
— Robert Alai (@RobertAlai) April 22, 2020
Berbanding negara lain di dunia ini, kemudahan keperluan perubatan di kebanyakan negara Afrika agak mengecewakan dan serba kekurangan.
Keperluan perubatan mereka tidak mampu untuk berdepan dengan wabak seteruk Covid-19 ini.
Walaupun dalam keadaan seperti itu, Adebayor tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak akan memberikan walau satu sen dari simpanan peribadinya.
“Bagi mereka yang menuduh saya tidak menderma, biar saya beterus terang, saya tidak akan menderma. Ia amat mudah difahami,”
Jelas Adebayor melalui satu video di laman Facebook.
“Saya bebas melakukan apa yang saya suka, makan apa yang saya mahu. Siapa mereka mahu mengkritik saya kerana tidak memberikan sumbangan di Lome (ibu kota Togo).”
Adebayor: "I'm sorry that people compare me to Eto'o and Drogba by asking why I don't have a foundation or donate, as if I brought coronavirus to Togo.
"A word of advice for the guys regarding donations, I won't do that. Everything is clear and simple. Thank you and good day." pic.twitter.com/53CJelZsNy
— Goal (@goal) April 23, 2020
Adebayor kini sedang beraksi bersama pasukan Olimpia di Paraguay. Namun selepas saingan bola sepak di sana dihentikan beliau kembali pulang ke Togo.
Jika diikutkan dari perjalanan beliau untuk kembali ke Togo, Adebayor harus melalui Perancis dan Benin terlebih dahulu, jadi terdapat pihak yang mengeluarkan tuduhan menyatakan beliau adalah pembawa wabak itu ke negaranya.
Adebayor menegaskan bahawa beliau bukan pembawa wabak itu ke Togo dan beliau sekeras-kerasnya menafikan dakwaan yang dibuat ke atasnya.
“Ada juga pihak yang berpendapat bahawa saya yang menyebarkan wabak ini di Lome. Ia sangat tidak masuk akal, tetapi negara ini memang begini.”
Adebayor defends himself for not giving any donations to fight against COVID-19:
"I am Emmanuel Sheyi Adebayor and I will always do what I want."
"Asking me why I don't have a foundation or why I don't donate, as if I was the one who brought the coronavirus to Togo…" pic.twitter.com/adEAESAVS9
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) April 23, 2020
“Mereka boleh sahaja bandingkan saya dengan Drogba, Eto’o atau sesiapa saja, tetapi saya bukan tidak seperti itu.”
“Saya adalah Emmanuel Sheyi Adebayor, dan saya akan melakukan apa saja yang saya suka.”
Luah Adebayor yang marah apabila ada netizen di sana yang membandingkan beliau dengan bekas bintang Afrika seperti Didier Drogba dan Samuel Eto’o.