Adidas Desak Real Madrid Untuk Tandatangani Neymar

Adidas dilaporkan menambah tekanan kepada Real Madrid agar berusaha menandatangani Neymar dari Paris Saint Germain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Penaja utama juara saingan Champions League itu sangat berhasrat mahu melihat Neymar di bawa ke Santiago Bernabeu.

Menurut sumber laporan dari EL Nacional, Florentino Perez sebelum ini pernah berhasrat mahu membeli pemain kebangsaan Brazil itu.

Dan Adidas kini mendedahkan hasrat mereka mahu melihat Los Blancos berusaha untuk mengejar dan menandatangani Neymar pada jendela perpindahan musim panas ini.

Paris Saint Germain sendiri turut dilaporkan tidak ada masalah untuk melepaskan Neymar kerana pihak kelab sudah tidak lagi memerlukan khidmatnya.

Bercakap kepada El Chiringuito, Jose Alvarez pada minggu lalu telah mendedahkan yang PSG ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk menjual Neymar.

Juara saingan Ligue 1 itu telah meletakkan tanda harga bernilai €50 juta untuk melepaskan Neymar dengan mereka turut menawarkan bintang Brazil itu kepada beberapa kelab lain.

Menurut sumber laporan dari El Nacional, Real Madrid merupakan antara kelab yang telah diberikan kesempatan untuk mendapatkan pemain termahal dalam dunia bola sepak itu.

PSG turut menawarkan Neymar kepada Barcelona, Manchester United dan Chelsea, namun sehingga kini masih belum ada mana-mana kelab yang mahu melanjutkan rundingan.

Barcelona dilaporkan berminat untuk membeli Neymar dengan yuran perpindahan bernilai €50 juta, namun mereka hanya mahu melakukan itu andai mereka gagal untuk membeli Robert Lewandowski.

Neymar baru sahaja menandatangani kontrak bersama Paris Saint Germain dengan beliau melanjutkan kontraknya sehingga 2025 nanti.

Walau bagaimanapun, memandangkan Neymar gagal untuk membantu kelab memenangi gelaran Champions League, maka pihak kelab kini meletakkan nama beliau sebagai antara calon pemain yang mahu dilepaskan.

Neymar akan lengkapkan perpindahan menyertai Real Madrid dari PSG?

Bekas ejen Neymar, Wagner Ribeiro bercakap kepada GOAL pada minggu lalu dan beliau telah memberi gambaran yang bintang Brazil itu tidak merancang untuk meninggalkan Paris pada musim panas ini.

Ribeiro mendakwa yang pemain penyerang Brazil itu sangat berhasrat mahu membantu Paris Saint Germain menjuarai saingan Champions League dan selagi usahanya itu tidak membuahkan hasil, beliau tidak akan meninggalkan kelab.

“Neymar ada impian, dia mahu memenangi gelaran Champions League bersama PSG. Walaupun banyak rumours yang mengaitkan dia bakal meninggalkan kelab, dia sebenarnya sangat bermotivasi dan tidak akan berhenti sehingga dia capai apa dia sasarkan.”

Bekas bintang Barcelona itu gembira dengan skuad PSG pada ketika ini dan beliau percaya mereka akan mampu menjuarai saingan Champions League.

“Sudah tentu. Setiap tahun yang berlalu, Nasser Al-Khelaifi (Presiden PSG) akan perbaiki pasukan dengan pelbagai cara. Mereka baru siapkan pusat latihan, yang mana ia antara yang terbaik di dunia, dan sekarang dia mahu miliki pemain terbaik Perancis di PSG.”

Tambah Ribeiro lagi.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2017 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta.

Beliau pada ketika ini dianggap antara pemain terpenting kelab dengan gandingan beliau bersama Neymar berjaya mendominasi pentas saingan Ligue 1.

Pihak kelab sememangnya mahu melepaskan Neymar namun tidak pasti sama ada beliau berminat atau tidak untuk meninggalkan Parc des Princes andai ada kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Memandangkan Adidas sendiri mendesak Real Madrid untuk menandatangani Neymar, tidak akan mengejutkan untuk melihat mereka sendiri akan membantu Los Blancos untuk mendapatkan bintang Brazil itu.

Sumber: SportsKeeda

BACA:  Bapa Dedahkan Eden Hazard Sedang Tunggu Tawaran Real Madrid