Adidas Hasilkan Semula Predator Mania dan Kini Anda Boleh Menjadi Beckham!

Masih ingatkah kasut bola sepak Adidas Predator Mania yang dipakai David Beckham pada tahun 2002? Kalau tak ingat, sila tenung gambar di bawah.

Model Predator Mania ini merupakan antara yang paling tinggi jualannya dalam sejarah kasut bola sepak Adidas dan kini, selepas 14 tahun, Adidas bakal melancarkan semula kasut ini dengan sedikit ubah suai.

Nama baru bagi kasut ini ialah Adidas Predator Champagne’s, dan asalnya bakal dilancarkan pada Mei 2017.

Namun, dengan ketajaman media-media barat, mereka telah mengesan bahawa pemain Real Madrid, James Rodriguez telah mula menggunakan kasut ini di padang latihan!

Kelebihan model ‘remake’ ini ialah lebih ringan dari model asal, seiring dengan teknologi yang ada serta stud kasut yang bentuknya mirip kepada model Ace.

Usai pelancaran, kasut ini boleh dibeli pada harga GBP250, bersamaan dengan RM1400!

Jadi, cepat-cepat dapatkan kasut Adidas ini dan boleh cuba di liga-liga sosial atau professional yang anda sertai.

Dan jangan lupa, BEND IT LIKE BECKHAM.

Baca Juga

Baca Juga