Adidas Nemeziz : But Terbaru Adidas Untuk Lionel Messi

Adidas telah mengeluarkan but bola sepak terbaru untuk dipakai oleh pemain terhebat di atas muka bumi, Leo Messi.

Bagi peminat Copa Mundials atau seangkatannya, kasut terbaru ini mungkin tidak akan menggoncang iman mereka namun bagi peminat but bola sepak kontemporari, Adidas Nemeziz ini boleh dikatakan sebagai barang yang patut dimiliki!

Adidas Nemeziz, kelihatan seperti bandage yang diikat-ikat menjadi sepasang kasut. | Gambar : goal.com

Dalam perlawanan akhir Copa Del Rey Sabtu lalu, Messi diberi penghormatan untuk merasmikan kasut bola sepak yang dikatakan dibuat daripada pita, selain mempunyai sentuhan seni pertahanan diri dalam reka bentuknya.

Dengan kata lain, selain untuk bermain bola sepak, kau boleh juga untuk pakai but ini untuk berkungfu. Kau kena cuba.

Leo Messi ketika menghasilkan but Nemeziz | Gambar : Soccerbible

Jadi, selepas perlawanan pertama Messi dengan but ini, apa hasilnya?

1- Messi hanya memerlukan 30 minit untuk membuka jaringan di mana dia bermain satu-dua dengan cantik bersama Neymar sebelum menjaringkan gol yang cantik menewaskan Fernando Pachecho.

2- Memberikan assist kepada Neymar dan Paco Alcacer untuk menjadikan keputusan perlawanan 3-1 berpihak kepada Blaugrana.

Kesimpulannya, Messi memberikan debut Nemeziz dengan kemenangan dan anugerah pemain terbaik perlawanan.

Hebat juga kasut ini membantu Messi tampil cemerlang. Kalau kau nak main power macam Messi, kau pakai lah Adidas Nemeziz ni.

Antara pemain lain yang akan memakai Nemeziz ialah bakal penyerang Barcelona, Roberto Firmino. Nanti musim depan boleh kita tengok gandingan penyerang yang pakai Nemeziz.

Firmino malu-malu | Gambar : goal.com

Tapi tak pasti dah masuk Malaysia ke belum. Kalau harga di luar negara sekitar USD 320 atau RM1300 untuk gred terbaik.

Buat masa ini mungkin but copy ori belum keluar lagi, tapi kalau dah keluar pun, kalau boleh jangan lah beli yang copy ori, baik kita beli yang original. Sedap dan tahan lama pakai tu.

Tapi suka hati engkau lah nak beli yang mana pun.

Nak tahu reviu dengan lebih lanjut mengenai Nemeziz, kau tengok video abang-abang Freekickerz ni.

Sumber : Dream Team

Baca Juga

Baca Juga