Sempena ulang tahun kelahiran Adidas yang ke-70, pengeluar kasut sukan terbesar dunia itu telah melancarkan satu boot bola yang baru yang diberi nama ‘COPA70’.
Jika anda masih ingat, nama kasut seakan-akan sama seperti kasut yang pernah meniti di bibir peminat bola sepak suatu ketika dahulu iaitu ‘Copa Mundial’.
‘Copa Mundial’ dianggap kasut legenda dalam sukan bola sepak dan sering digayakan oleh pengadil di atas padang. Tidak cukup dengan itu, kasut tersebut juga boleh dipakai untuk tujuan yang lain seperti memotong getah di kebun.
Bagi menghargai sokongan peminat terhadap Adidas selama ini, syarikat tersebut memperkenalkan ‘COPA70’ yang diinspirasi daripada kasut ikonik ‘Copa Mundial’.
Jika dilihat daripada design kasut tersebut, ia seperti membawa anda kembali ke masa silam ditambah dengan sedikit sentuhan moden.
Tetapi harus diingat ‘COPA70’ tidak dikeluarkan secara besar-besaran oleh Adidas atau dalam bahasa Orang Putih ianya adalah ‘limited edition’.
/ / / – @adidasUK have released the COPA70 to celebrate their 70th anniversary. It blends the original COPA boot with a modern primeknit upper. pic.twitter.com/kTY7nEp1wh
— MUNDIAL (@MundialMag) January 9, 2019
Innovation. The @adidasfootball COPA70. A tribute to where the iconic boot came from, to where it is today.
Primeknit upper combined with a leather lining. Red studs paying homage to the OG. Bluebird logo.
‘I’m just an icon livin’ pic.twitter.com/GImcwCNIdW
— LUKE (@luke16taylor) January 9, 2019
Remixed. @adidasfootball launch the limited edition COPA70 football boots to celebrate their 70th anniversary: https://t.co/iCRK90GI0y pic.twitter.com/VbP4ACWBW8
— SoccerBible (@SoccerBible) January 9, 2019
Ambik duit aku dan pergi beli sekarang !