Adik Maguire Payung ‘Like’ Tweet Menganjing Roy Keane

Adalah sangat masuk akal untuk katakan yang Roy Keane bukanlah penggemar Harry Maguire, dengan legenda Manchester United itu mempunyai hobi mencari kesalahan bintang England itu.

Boleh dikatakan setiap kali Roy Keane mengulas perlawanan Man Utd, beliau sudah tentu menyediakan buah kata menghina, mencaci, memaki dan menindas Maguire.

Studio Sky Sports dan ITV menjadi saksi bagaimana teruknya Maguire dihamun dan dicerca oleh legenda terhebat sepanjang zaman Manchester United itu.

Pada Sabtu minggu lalu, Keane sekali lagi membantai Harry Maguire kerana terlalu bersungguh meraikan gol ketika beraksi bertemu Albania.

Keane menganggap gaya keraian Maguire itu merupakan satu hal yang memalukan dek kerana beliau telah mempamerkan aksi hambar sepanjang musim ini.

Maguire kemudiannya tampil menjawab yang beliau tidak bermaksud apa-apa dengan keraiannya itu dan ia sekadar spontan selepas berjaya menjaringkan gol.

Tidak pasti bagaimana penerimaan Maguire terhadap kritikan tersebut, namun melihat adiknya memayung butang ‘like’ pada status yang menganjing kenyataan Roy Keane, ia sepertinya menunjukkan yang mereka sekeluarga juga tidak senang dengan kritikan tersebut.

Adik Maguire mengetik butang suka pada muat naik dari @UtdSamm yang memakai gambar profile Maguire meraikan gol bertemu Albania.

@UtdSamm memuat naik gambar Maguire bersama Keane dengan menulis:

“Roy Keane untuk negaranya VS Harry Maguire untuk negaranya.”

Gambar yang beliau muat naik memperlihatkan Harry Maguire sedang memegang Piala anugerah pemain terbaik ketika aksi Euro 2020, sementara gambar Keane pula memperlihatkan legenda Ireland itu berjalan bersama anjingnya ketika kempen saingan Piala Dunia 2022.

Keane pada ketika itu sebenarnya disingkirkan dari skuad kebangsaan Ireland kerana beliau mempunyai masalah dengan pengurus skuad, Mick McCarthy.

Daisy Maguire payung like tweet menganjing Roy Keane

Roy Keane dianggap pembuli besar yang sukar membuli Maguire

Roy Keane telah dituduh sengaja membuli bintang England, Harry Maguire selepas beliau tidak henti-henti mengkritik ketua pasukan Manchester United itu.

Keane tidak pernah jemu dalam membantai Harry Maguire, terutama sekali selepas melihat bintang England itu mempamerkan aksi persembahan yang mengecewakan sepanjang musim ini.

Bekas penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor merasakan yang Roy Keane sebenarnya terlebih mengkritik Maguire dan ia seolah-olah melibatkan masalah peribadi.

“Saya nampak berita dan video tentang itu dari Roy Keane dan saya rasa Roy Keane cuba menjadi pembuli besar di sana.”

Jelas Agbonlahor kepada talkSPORT.

“Saya rasa dia buli Harry kerana Harry Maguire berada di bawah tekanan yang sangat tinggal selepas mempamerkan aksi tidak begitu bagus bersama Manchester United.”

“Ini merupakan antara perlawanan yang ada untuk dia buktikan yang dia seorang pemain centre-half yang sangat bagus.”

“Ya, ia Albania, tapi masih lagi dia ada tugas yang perlu dilakukan.”

“Dia jaringkan gol, keterujaan menjaringkan gol sudah tentu kamu akan raikannya.”

“Jika saya melalui tempoh yang sukar, dan ketika saya menjaringkan gol selepas itu, saya juga akan lakukan keraian yang sama. Tangan di telinga untuk pengkritik kamu, ‘Saya akan terus berusaha dan pamerkan persembahan yang bagus’. Dan dia memang lakukan itu.”

“Saya fikir gaya pertahanan dia sangat bagus dan dia juga menjaringkan gol. Setiap kali dia lakukan sesuatu sekarang, sepertinya semua orang sedang menentang dia.”

“Dia orang Inggeris, dia ketua pasukan Manchester United. Ya, ada tekanan untuk itu, tapi dia berkemungkinan memang antara centre-half terbaik yang kita ada.”

“Mari duduk dibelakang dia dan tidak terus berusaha untuk kritik dia.”

“Bagi saya, Roy Keane membuli dia, semua orang ikut teruja setiap kali Keane katakan sesuatu.”

Harry Maguire tidak dinafikan sememangnya berdepan dengan tekanan yang sangat tinggi sebelum ini dek kerana aksi tidak menentu yang beliau persembahkan.

Bintang berusia 28 tahun itu gagal mempamerkan aksi konsisten dan sering melakukan kesilapan yang menyebabkan gawang gol United sering dibolosi.

Beliau antara individu yang menjadi punca gawang gol United dibolosi sebanyak 17 kali dari 11 perlawanan sahaja dalam saingan Premier League.

Satu-satunya perlawanan yang tidak disertai oleh bekas bintang Leicester City itu adalah ketika Man Utd mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Everton pada bulan lalu.

United akan kembali meneruskan aksi saingan liga pada hujung minggu ini bertemu Watford di Vicarage Road, dengan Ole Gunnar Solskjaer tentunya mahu memburu tiga mata penuh.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jordan Henderson Marah Penyokong Yang Ejek Harry Maguire