Admin Man Utd Official Kena Claim Sebab Suruh Bang Fred Poco-Poco

Hanya kerana keraian comel Fred dan Alex Telles, admin Manchester United official kini dituduh sebenarnya warga Indonesia.

Laman TikTok Manchester United memuat naik video Fred dan Alex Telles meraikan gol kemenangan mereka ketika bertemu Crystal Palace baru-baru ini dengan menggunakan caption yang membuatkan mereka dianggap berasal dari Palembang.

Video tersebut memperlihatkan Fred dan Telles sedang menari dengan berlatar belakangkan lagu Poco-poco dan caption pada video itu juga mencuri perhatian netizen seberang.

@manutd Poco poco dulu sama bang Fred 🕺👯‍♂️#ManUtdID #Fred #PocoPoco ♬ PocoPoco – Nelson

“Poco poco dulu sama bang Fred”

Melihat caption seperti itu, netizen dari sebuah negara itu dengan segera mendedahkan identiti admin kepada laman TikTok Manchester United itu.

“Pantasan video dia banyak yang guna lagu-lagu dangdut, dari mana aslinya mas?”

“Dari dulu sih aku udah tahu kalau admin Manchester United itu aslinya dari Indonesia, fan base paling besar seluruh dunia, tentu harus dijaga.”

“Woi mas, tunggu juara dulu deh, baru menang satu kali udah mau Poco-Poco, parah lu.”

“Kira-kira siapa ya adminnya, yang jelas dia orang Indo, mungkin mahasiswa yang ada di sana kali ya.”

Begitulah komen-komen dari para netizen yang begitu optimis admin laman TikTok Manchester United itu berasal dari negara mereka kerana lagu Poco-poco itu.

Tapi, tak dinafikan yang lagu itu sememangnya sangat sesuai dengan gaya tarian bang Fred dan bang Telles kan?

Fred bintang handalan United era Ralf Rangnick

Ketika beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Fred tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain yang paling teruk dimaki dan dihina oleh pelbagai pihak.

Setiap kali namanya ada dalam kesebelasan utama, sudah tentu beliau akan menerima kecaman yang tak sudah dari para peminat.

Namun selepas pemergian Ole Gunnar Solskjaer, Fred telah menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak dalam aksinya, dan menjadi antara pemain paling berprestasi pada ketika ini.

Beliau merupakan nadi utama Man Utd sejak tiga perlawanan terakhir, dan tentunya beliau sangat diharapkan untuk pamer aksi konsisten bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang mendatang nanti.

Fred membuktikan yang beliau sememangnya memiliki bakat hebat yang sungguh menakjubkan, dan kerana itulah beliau sering menjadi pemain pilihan utama para pengurus yang mengendalikan Man Utd.

Solskjaer mungkin nampak potensi dan kemampuan Fred, namun sayangnya beliau kurang bijak untuk menggunakan kelebihan yang beliau nampak itu.

Michael Carrick turut mempunyai pandangan yang sama, dengan bekas pengurus sementara kelab itu dilihat lebih bijak dalam memanfaatkan kelebihan bintang Brazil itu.

Situasi sama berlaku di era Ralf Rangnick ini, dengan pengurus dari Jerman itu turut terpukau dengan aksi dan persembahan Fred.

Selepas tamat perlawanan tersebut, pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick turut meluahkan rasa terkejut dan terkesima beliau melihat gol yang super cantik dari Fred.

Beliau bahkan terpaksa bertanya kepada pembantu jurulatih adakah Fred dominan dengan kaki kiri atau kanan, dek kerana hebatnya gol jaringan dari bintang Brazil itu.

“Saya terpaksa bertanya kepada penolong jurulatih saya sama ada Fred tu kaki kanan ke kiri, saya tidak percaya. Saya fikir dia hanya boleh menembak dengan kiri.”

“Fred adalah pemain yang hebat. Apa yang dia lakukan dengan (Scott) McTominay dengan bola hari ini, inilah yang kami perlukan. Saya gembira untuknya.”

“Ini perkara yang aku boleh perkatakan selepas dua hari disini aku banyak banyak perkara mengenai Fred dari Ole.”

“Sekarang apa yang boleh aku perkatakan adalah sangat hebat mempunyai pemain seperti Fred dalam pasukan,”

“Aku rasa semua orang sayangkan Fred. Kau pun patut sayang Fred. Baru dua hari kenal, Fred dah bersinar lain macam.

Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot juga terkejut dengan kemampuan Fred untuk menjaringkan gol dengan kaki kanan.

“Saya tidak pernah melihat Fred menyepak bola dengan kaki kanannya sebelum ini! Saya sangat gembira untuknya, dia berhak mendapat gol itu, dia pemain yang hebat untuk pasukan kami.”

Sumber: Manchester United

BACA:  Graeme Souness Namakan Pemain Yang Tak Sepatutnya Man Utd Jual