AFF B19: Malaysia Menang 2-0, Musashi Mizushima Anggap Pengadil Tidak Adil

SURABAYA- 4 Julai, Malaysia membuka kempen di kejohanan AFF 2018 dengan mencatat kemenangan pertama selepas menwaskan Kemboja 2-0 di Stadium Joko Samudro petang semalam. Timor Leste mencatat kemenangan ke-2 menewaskan Brunei dalam satu lagi perlawanan melibatkan pasukan di kumpulan B.

Malaysia selaku finalis pada edisi 2017 yang tewas kepada Thailand terpaksa bekerja keras dalam perlawanan tersebut sebelum Shivan Pillay Asokan-pemain pertahanan dari pasukan PKNS-berjaya membuka jaringan pada minit ke-39. Akhyar Rashid melengkapkan kemenangan 2-0 pada minit-71.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal membuat percubaan merbahaya sehinggalah Malaysia dianugerahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti pada minit ke-39 berikutan kekasaran pertahanan pemain Kemboja Tes Sambath terhadap Nik Akif Syahiran.

Sepakan percuma yang diambil oleh Nik Akif Syahiran ditanduk dengan bergaya oleh Shivan Pillay untuk gol pembukaan pasukan Malaysia.

Dua minit berselang kapten pasukan Malaysia Syaiful Alias hampir melakukan sesuatu selepas berjaya menembusi pertahanan Kemboja tetapi cepat diselamatkan oleh penjaga Kemboja, Hul Kimhuy.

Malaysia lebih kerap menyerang dengan pertahanan Kemboja lebih padat. Pemain pertahanan tengah Soeuth Nawa dan penjaga golnya Kimhuy menjadi pemain paling sibuk untuk Kemboja.

Menurut Bojan Hodak perlawanan ini Malaysia tidak cukup baik di bahagian serangan dan berharap perkara tersebut dapat dibaiki menjelang perlawanan seterusnya menentang Brunei pada Jumaat ini.

“Kami mempunyai 3-4 peluang yang mengenai palang dan dalam situasi 1 lawan 1. Saya percaya pada perlawanan seterusnya ia akan bertambah baik”

Pengendali Kemboja, Musashi Mizushima mengakui pasukannya mempunyai masalah untuk menembusi benteng pasukan Malaysia dan pasukannya tidak dapat menurunkan pemain terbaiknya.

“Beberapa pemain kami mengalami kecederaan dalam perlawanan pertama, kami harap kami lebih baik pada perlawanan seterusnya”

Pada masa yang sama Musashi juga mempersoalkan kewibawaan pengadil dalam perlawanan tersebut. Ini merupakan perlawanan ke-2 untuk Kemboja selepas mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Brunei 2 hari lepas.

“Beberapa kali pemain kami dirempuh tetapi pengadil tidak memberikan apa-apa kesalahan tetapi jika pemain malaysia dirempuh pengadil terus memberikan hadiah sepakan percuma”

Menurut Musashi punca kegagalan mengawal emosi pemain Kemboja berpunca dari pengadil. Walaupun tiada insiden buruk berlaku tetapi berlaku beberapa kali ketegangan antara pemain dan pengadil.

Dalam perlawanan tersebut pemain Kemboja beberapa kali melakukan bantahan terhadap pengadil selepas rempuhan keras pemain dari Malaysia. Mereka agak kecewa apabila pegadil tidak menghiraukannya.

Musashi berharap mendapat pengadil yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.

Selepas perlawanan semalam Kemboja jatuh di tangga ke-2 selepas mengutip 3 mata dalam 2 perlawanan, Timor Leste melonjak ke tangga teratas dengan 4 mata dan Malaysia di tangga ke-3 dengan 3 mata tetapi mempunyai baki 1 perlawanan berbanding 2 pasukan tersebut.

Baca Juga

Baca Juga