Aguero Kini Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Manchester City

Sergio Aguero telah muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas menjaringkan satu gol ketika Manchester City menewaskan Napoli 4-2 dalam aksi yang sangat menghiburkan yang memastikaN City mendapat tempat ke pusingan kalah mati.

Aguero kini berusia 29 tahun telah menyertai Manchester City dari Atletico Madrid pada 2011 dengan memecahkan rekod perpindahan kelab £38 juta. Selepas 6 tahun bersama City Aguero kini bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Aguero menjaringkan gol yang ke-178 sekaligus memotong rekod yang telah berusia 80 tahun yang dipegang oleh Eric Brook. Aguero menjaringkan 178 gol dalam 264 penampilan dengan ratio yang menakjubkan iaitu 0.67 gol per perlawanan. Kurang lebih satu gol dalam 2 perlawanan.

Mesti korang tak pernah dengar nama pemain City ni kan kecuali Aguero?

Musim lepas merupakan musim sukar buat Aguero yang bergelut dengan kecederaan tetapi Aguero masih mampu menjaringkan 33 gol dalam 45 penampilan dan kadar jaringannya masih kekal dan tidak jatuh.

Rekod minit per gol. Imej : BBC

Aguero mempunyai rekod minit per gol terbaik berbanding mana-mana pemain di Premier League yang bermain lebih dari 50 perlawanan dengan rekod 108 minit satu gol.

Imej : BBC

Dalam semua pertandingan, Aguero telah menjaringkan 20 gol atau lebih dalam 5 musim dari 6 musimnya bersama Manchester City sekaligus menjadikan menantu Maradona menjadi pemain penyerang yang sukar disekat.

Bagaimana Aguero menjaringkan gol?

Aguero menjaringkan gol dengan menggunakan kaki samada kiri atau kanan serta juga kepala.

Imej : BBC

– 15 gol tandukan
– 131 gol kaki kanan
– 32 gol kaki kiri
– 162 gol dihasilkan dalam kotak penalti dan 16 gol dari luar kotak penalti.

Mampukah Aguero memotong Rekod Jaringan Alan Shearer di Premier League?

Sergio Aguero yang berumur 29 tahun dilihat mampu untuk memecahkan rekod tersebut pada umur 33 tahun jika Aguero mampu mengekalkan tahap kadar jaringan iaitu 0.7 gol per perlawanan seperti yang dilakukan sekarang.

Aguero memerlukan lebih kurang 186 perlawanan lagi bagi mengatasi rekod yang dipegang Shearer. Sekiranya semuanya berjalan seperti perkiraan rekod Shearer bakal dileburkan oleh Aguero pada tahun 2021.

Kini Aguero telah menjaringkan 129 gol dalam 188 penampilan di Premier League dengan 32 assist dan mungkin mampu masuk ke kelab 200 gol untuk bersama Shearer dan Rooney.

Rekod jaringan Alan Shearer merupakan satu rekod yang tidak lagi mampu dipecahkan oleh mana-mana pemain di Liga Perdana Inggeris. Shearer telah menjaringkan 260 gol semasa beliau beraksi bersama Blackburn dan Newcastle United antara tahun 1992 sehingga 2006.

Shearer dengan bangganya mencatatkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dan rekod itu masih lagi miliknya walaupun selepas 11 tahun bersara.

178 Gol Dari Aguero

Kalau korang rajin tengok sampai habis 178 gol dari Aguero untuk City.

Baca Juga

Baca Juga