Aguero Selamba Mengata Shakira dan Pique Yang Dapat Tajaan Casio Ketika Live

Pesara bola sepak, Sergio Aguero yang merupakan pesara bola lepas dengan selambanya telah mengata Shakira dan Pique ketika sedang bersiaran langsung dalam talian.

Gerard Pique dan Shakira Wakaka telah selamat berpisah dan telah mengeluarkan lagu baru berjudul ‘BZRP Music Sessions #53’ di laman Youtube Bizarrap dan lagu itu dengan pantas telah mencipta rekod baru.

Dalam tempoh 24 jam sahaja selepas dimuat naik ke platform penstriman video itu, lagu dari Shakira itu telah ditonton sebanyak 63 juta dan kini telah pun melepasi angka 100 juta.

Rekod itu menjadikan video itu sebagai lagu Latin paling banyak tontonan dalam tempoh 24 jam. Lirik lagu itu luahan dan kutukan tanpa belas Shakira kepada bekas pasangannya itu.

Shakira 45 tahun telah berpisah dengan Gerard Pique 35 tahun pada 2022 selepas 10 tahun bersama dan sepanjang kehidupan mereka secara berpasangan telah melahirkan dua orang anak.

Tanpa mengambil kira perasaan anak-anak mereka kini bertelagah secara umum dihadapan orang awam di seluruh dunia. Terdapat spekulasi bahawa Pique kini berkencan dengan Clara Chia Marti yang berusia 23 tahun.

Dalam lirik lagu itu, Shakira dilaporkan mengutuk teman wanita baru Pique dengan lirik yang berbunyi “Anda menukar Ferrari dengan [Renault] Twingo” dan “Anda menukar Rolex dengan Casio”.

Baris lain dalam trek diss liar termasuk: “… banyak masa di gim, tetapi otak anda juga memerlukan sedikit kerja”. Takda otak terus dibaginya.

Tidak mungkin Pique yang lantang bersuara hanya akan berdiam diri selepas lagu baharu Shakira yang terkutuk itu telah mendapat tontonan lebih ratusan juta.

Casio yang telah disebut dalam lagu tersebut telah membuat satu kenyataan yang lucu bagi mempertahankan jenamanya dengan satu ciapan yang agak kejam. Casio menulis:

“Dalam usaha kami mempertahankan diri sebagai jenama Casio, bateri kami bertahan lebih lama daripada hubungan Pique dan Shakira.”

Jenama jam yang terkenal dengan ketahannya itu juga telah mengambil keputusan untuk memberi tajaan kepada Gerard Pique dan seperti batu loncatan untuk jenama itu menjadi sebutan ramai.

Malah, hampir 24 jam selepas BZRP Music Sessions #53 disiarkan di YouTube, Pique membalas dengan cara yang agak lucu dan santai secara Live.

Pique mengumumkan secara rasmi dia bekerjasaman dengan Casio sebagai rakan penaja untuk pertandingan bola sepak 7 sebelah, Kings League yang dia turut menjadi penganjur.

“Saya mahu membuat pengumuman besar. Casio telah memberi kami jam Kami mencapai persetujuan dengan Casio dalam Kings League untuk menaja kami, Casio ialah jam tangan yang hebat, ia tahan seumur hidup.”

“Saya serius, Lihat sini ambil satu sorang, ini untuk Ibai.”

Bercakap dalam strim langsung pada petang Jumaat, Pique menunjukkan jam tangan Casio baharu sebelum menyerahkan kotak rakannya dengan jenama jam tangan yang sama di dalamnya.

Dan seorang yang bertanya dengan penuh serius kenapa Casio memberi tajaan? Dengan tiba-tiba semua senyap dan tidak berani menyatakan sebabnya takut ada yang tersinggung.

Dengan pantas dan bernaluri seorang penyerang yang menghidu peluang, Sergio Aguero yang turut serta dalam rancangan itu melalui video call telah menjawab:

“Kerana lagu Shakira!”

Selepas mendengar jawapan selamba dengan muka tanpa perasaan dari Sergio Aguero itu mereka semua mengekek ketawa pecah perut termasuklah Gerard Pique.

Lagu dari Shakira untuk menyerang bekas pasangannya itu telah memberi durian runtuh kepada Pique yang berjaya mendapatkan tajaan dan menjadi content media sosial angkara Aguero.

BACA:  "Dia Tipu Messi Dan Saya Sendiri" - Pique Hentam Bekas Presiden Barcelona