Ahmad Bashah Bakal Dilantik Presiden Baharu KFA

Kuala Lumpur: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah secara rasmi akan dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baharu, esok.

Malah, dengan pelantikan itu juga KFA dijangka akan memuktamadkan keputusan berkenaan penajaan pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

dakuamatmenyintaimu_terlajak_laris2
Penajaan Terlajak Laris Bakal Di Muktamad Dengan Perlantikan Ahmad Bashah

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, berkata pelantikan Ahmad Bashah sebagai presiden akan dilakukan menerusi satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Kita akan mengadakan EGM mengikut peraturan KFA pada 24 Mac ini (esok) bagi melantik presiden baharu dan secara lazimnya Menteri Besar yang akan menggalas tugas terbabit,” katanya kepada BH Sukan.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai presiden KFA dibuat susulan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah pada 3 Februari lalu.

Mengulas mengenai penajaan Aliff Syukri pula, Aminuddin berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan jutawan kosmetik dan produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu, di sini, kelmarin.

Beliau menjelaskan pertemuan terbabit sebagai perbincangan fasa akhir berkenaan penajaan namun masih belum mendapat kata putus berkenaan perkara berkenaan.

“Memang ada perbincangan antara KFA dengan Aliff Syukri, pada dasarnya kedua-dua pihak nampak positif tapi apapun tunggu sampai saat akhir sehingga menandatangani persetujuan.

“Sekarang ini belum sah lagi, bagi pihak Aliff Syukri pun tiada apa-apa lagi dan kita pun sama juga. Mungkin dalam tempoh seminggu dua lagi akan diketahui keputusan itu,” katanya.

Pada perbincangan itu, selain Aminuddin, KFA turut diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Bendahari, Datuk Yusof Ismail.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga