Ahmad Shaharuddin Rosdi Telah Dipilih Sebagai Ketua Jurulatih Pahang

Ahmad Shaharuddin Rosdi telah dipilih sebagai Ketua Jurulatih Pahang bagi musim 2016. Lebih dikenali dengan nama Coach Shah di kalangan pemain, beliau bukan asing lagi bagi peminat bolasepak Pahang di era 90an.

FB_IMG_1450173290704

Pengalaman Ahmad Shaharuddin sebagai pemain Pahang bermula pada tahun 1994 hingga 2003 di posisi tengah dan merupakan salah seorang perancang terbaik yang pernah Pahang miliki sehingga mengecapi gelaran juara Liga Perdana pada tahun 1995 dan Naib Juara Piala Malaysia (1995, 1997).

Anak kelahiran Kuantan ini pernah mewakili Malaysia ke Olimpik Atalanta pada 1995, kemudian beliau menjadi ‘regular’ skuad kebangsaan dari 1998 hingga 2002.

Berumur 40 tahun dan mempunyai pengalaman luas bermula sebagai Penolong Jurulatih Skuad Piala Belia bawah 19 Pahang pada tahun 2007-2008, kemudian Penolong Jurulatih Skuad Piala Presiden Pahang 2009-2010 dan kini sudah menjawat jawatan Penolong Jurulatih untuk pasukan Liga Super Pahang sejak tahun 2010 di bawah dua Ketua Jurulatih iaitu Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan.

Beliau membantu Dollah Salleh untuk membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2013 dan membantu Zainal menjuarai 3 piala pada tahun 2014.

Selamat maju Jaya SHAH!

Sumber :
Persatuan Bola Sepak Pahang

Baca Juga

Baca Juga