Aib Kalah 7-0, Pengurus Barnsley Ini Mau Lempang Pemain Sendiri

Pengurus Barnsley, Darrell Clarke memberikan amaran kepada pemainnya agar tidak lagi memperlekehkan kualiti pemain pemain pasukan EPL.

Ada di kalangan pemain pemainnya menganggap kualiti pemain pemain EPL tak ada la hebat mana dibandingkan dengan pasukan dari liga divisyen kedua atau ketiga.

Barnsley yang berada di divisyen ketiga telah dibelasah 7-0 oleh Manchester United pada aksi Piala EFL awal pagi tadi.

Marcus Rashford, Garnacho dan Eriksen masing masing menyumbang 2 gol. Sementara Antony yang sebelum ini sudah memberikan amaran akan membuatkan peminat selalu mendengar namanya mencetak gol dan assist sudah membuktikan kata katanya.

Antony berjaya menyumbang 1 gol dalam perlawanan ini. Barnsley tidak berdaya berdepan dengan Man United yang melancarkan 26 percubaan ke gawang mereka. 50% daripada percubaan itu adalah tepat.

Sementara Barnsley hanya melakukan 3 percubaan dengan tak ada satu pun tepat ke arah penjaga gol kedua United iaitu Bayindir.

Lantas selepas perlawanan Darrell Clarke berkata: “Saya sebelum ini ada dengar seorang pemain saya cakap. Eleh, kualiti pemain EPL tak ada la bagus sangat. Dia  cakap macam tu selepas dia menonton aksi aksi EPL ini kat tv.

“Kalau dia cakap macam ni lagi lepas ini, saya akan lempang dia. Tengok sendiri betapa berbatu batu jauhnya kualiti mereka daripada kami.”

Dia menyambung, apa yang berlaku pada hari ini benar benar memalukan.

“Memalukan, sangat memalukan, pemain pemain ini tak layak untuk diberikan sebarang sambutan selepas tamat perlawanan ini,” tegas beliau lagi.

Sebelum perlawanan, Darrell Clarke menggariskan misi utama mereka datang ke Old Trafford adalah untuk menang dan mengejutkan Manchester United. Cita cita itu tinggal harapan.

Manchester United meneruskan rentak kemenangan mereka. Dengan jumlah gol yang sangat luar biasa dalam perlawanan ini.

Barnsley pasti akan ingat dengan pengajaran berguna ini dibelasah 7 gol tanpa balas. Kerana ianya satu aib yang sangat besar apabila sesebuah pasukan itu dibelasah dengan 7 gol tanpa sebarang balas.

Manchester United sekali lagi membuktikan bahawa mereka berada di kelas tersendiri ketika berdepan dengan lawan mereka. Dan mereka sudah semakin mendapat rentak dan keserasian yang mereka cari selama ini.

Beruntunglah pasukan yang sudah melawan United pada awal musim ini dan sempat mencuri mata. Kerana selepas ini ianya bukan perkara yang realistik untuk menewaskan United apabila mereka sudah berada di prestasi kemuncak mereka.

Erik Ten Hag sebelum perlawanan menyatakan bahawa Manchester United mahu bersaing merebut kesemua piala musim ini.

Baca Juga

Baca Juga