Akaun Arsenal Rugi dan Bil Gaji Pemain Naik Mendadak

Arsenal mengalami kerugian sebanyak £17.7 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada Mei 2024. Walaupun rugi, jumlah ini jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya yang mencatat kerugian £52.1 juta.

Namun, perbelanjaan gaji pemain meningkat sebanyak 40%, menjadikan jumlah keseluruhan gaji kelab £328 juta. Walaupun tinggi, ia hanya kedudukan ke-5 tertinggi di Liga Perdana Inggeris untuk musim 2023-24.

Pendapatan Meningkat Kerana Liga Juara-Juara

Pendapatan kelab melonjak daripada  dari Liga Europa pada musim 2022-23.

Pendapatan dari tiket perlawanan juga meningkat sebanyak 28% kepada £131.7 juta. Ia menjadikan Arsenal lebih tinggi daripada Tottenham Hotspur dan hanya di belakang Manchester United dalam hal pendapatan perlawanan di England.

Pendapatan daripada penajaan juga naik 29%, dengan pembaharuan kontrak tajaan Emirates serta penajaan pusat latihan Arsenal oleh Sobha Realty.

Tiada Kos Besar yang Tidak Dijangka

Satu perkara penting ialah Arsenal tidak lagi mengalami kos luar biasa seperti tahun sebelumnya, di mana mereka perlu membayar £18.1 juta untuk menamatkan kontrak Nicolas Pepe.

Namun, mereka tetap membelanjakan banyak wang untuk membeli pemain baru.

Beli ramai pemain dalam masa sama juga menjual

Arsenal berbelanja £256 juta untuk membeli pemain baru tetapi hasil jualan pemain mengurangkan jumlah bersih yang dibelanjakan kepada £190 juta. Dalam tempoh 5 tahun terakhir, jumlah bersih yang Arsenal belanjakan untuk membeli pemain adalah £777 juta, ke-2 tertinggi selepas Chelsea (£834 juta).

Namun, pada musim panas 2024 aktiviti perpindahan menurun dengan perbelanjaan bersih hanya £21 juta.

Kos amortisasi pemain (nilai harga pemain yang dibahagi mengikut tempoh kontrak) berjumlah £171.1 juta, ke-3 tertinggi selepas Manchester United (£187 juta) dan Chelsea (£203 juta pada 2022-23).

Pinjaman Daripada Pemilik Kelab

Untuk membiayai pembelian pemain dan keperluan lain, Arsenal menerima pinjaman tambahan £61.9 juta daripada pemilik kelab, Kroenke Sports & Entertainment (KSE). Ini menjadikan jumlah hutang Arsenal kepada KSE meningkat kepada £324.1 juta.

KSE menyatakan bahawa mereka menyediakan dana untuk membantu Arsenal dalam pembelian pemain dan kos operasi. Namun, kadar faedah ke atas pinjaman ini tidak didedahkan.

Kedudukan Kewangan Arsenal Masih Selamat

Walaupun masih berbelanja besar, Arsenal menyatakan bahawa mereka mematuhi semua peraturan kewangan yang ditetapkan oleh UEFA dan Liga Perdana Inggeris.

Pada 2025, kerugian £45.5 juta yang dicatatkan pada 2022 akan dikeluarkan daripada kiraan, menjadikan Arsenal masih dalam had yang dibenarkan oleh Liga Perdana, walaupun mereka boleh mengalami kerugian sekitar £97 juta dalam 2024-25.

Mengikut peraturan UEFA, kelab mesti mengawal jumlah kerugian dan perbelanjaan pasukan. Arsenal masih dalam keadaan baik tetapi akan terus memantau kewangan mereka dengan lebih teliti.

BACA:  Hati Cech Panas Gara-Gara Komen 'Troll' Dari Bayern Leverkusen