Akaun Twitter Real Madrid Digodam, Umumkan Pembelian Messi

Akaun Twitter rasmi Real Madrid telah digodam semalam hanya beberapa hari selepas akaun laman sosial rasmi kelab Barcelona digodam. Antara tweet yang menarik perhatian ialah mengumumkan kedatangan bintang sensai Barcelona, Leo Messi ke kelab ibu kota Sepanyol tersebut.

Perkara yang hampir sama berlaku ke atas akaun Twitter Barcelona di mana penggodam telah memuat naik tweet yang mengumumkan ketibaan pemain Paris Saint Germain yang juga bekas pemain Real Madrid, Angel di Maria.

Akaun rasmi Real Madrid disedari digodam hanya pada jam 5.30 pagi waktu Britain, selepas satu video Leo Messi menjaringkan gol menentang Real Madrid dengan kapsyen “Selamat Datang Mesi.”

Tweet ini berada di alam maya selama 90 minit, sebelum dibuang. Dalam tempoh tersebut, tweet ini mendapat lebih daripada 40,000 retweet.

Para penggodam ini dikatakan berbuat demikian untuk membuktikan bahawa protokol keselamatan internet sebenarnya tidak selamat.

Hai, nak godam tu pun perlahan-lahan lah sikit.

Sumber berita : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga