Akhirnya Maguire Memeluk Orang Yang Betul Dengan Jurus Headlock

Harry Maguire akhirnya berjaya dan memeluk orang yang betul ketika beraksi di padang apabila telah melancarkan jurus headlock kepada pemain lawan ketika menjalankan tugasnya selaku pemain pertahanan.

Sebelum ini Harry Maguire telah mengejutkan dunia bola sepak apabila telah beberapa menjaga dan memeluk malah menarik rakan sepasukan sendiri ketika diserang pemain lawan.

Kali terakhir kejadian tidak diingini ketika Manchester United tewas 1-6 kepada Tottenham Hotspur dan gol terhasil selepas Maguire memeluk dan menarik Luke Shaw yang mahu mengeluarkan bola.

Nampak kan reaksi kagum dan syukur Luke Shaw dan Lindelof yang pernah menjadi mangsa kerana Maguire sudah mampu mengenal mana lawan dan mana kawan ketiak di padang.

Aksi persis seperti petarung MMA dan WWE melakukan aksi headlock telah ditunjukkan oleh Maguire ke atas pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta ketika di udara.

Cesar Azpilicueta telah dipeluk dengan begitu ketat, padat dan sendat oleh Harry Maguire ketika perebutan bola tinggi dan berjaya menanduk keluar bola.

Ajaibnya tiada apa-apa tindakan daripada pengadil dan tiada rujukan Video Assistant Referee(VAR) dilakukan. Pelukan ketat-ketat atau headlock yang selamat dari Maguire.

Nizaar Kinsella merupakan wartawan Goal untuk pasukan Chelsea telah menyatakan bahawa Professional Game Match Officials Board (PGMOL) mengesahakn VAR telah meneliti insiden tersebut.

Hasilnya daripada penelitian dan dapatan VAR insiden tersebut tidak cukup untuk membawa kepada sepakan penalti dan perlawanan telah berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Adilkan VAR? Sebab itu la penyokong Liverpool meroyan sampai ke sudah.

Aksi yang hampir sama pernah dipamerkan oleh Paul Pogba ke atas ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson suatu ketika dahulu dan sungguh ganas aksi Pogba ketika itu.

Penuh dendam dan kemarahan Pogba mengunci kepala Henderson sebelum dilemparkan ke tanah.

Mengulas mengenai insiden itu selepas perlawanan Cesar Azpilicueta berpendapat pengadil perlawanan sepatutnya merujuk kepada VAR kerana tidak memakan masa yang lama.

“VAR kan ada kat situ, monitor pun ada kat situ. Situasi itu 50/50 dan kenapa tak luangkan masa 20 saat untuk membuat semakan semula.”

Agak berlapik dan beralas jawapan yang diberikan Azpilicueta yang menyifatkan insiden tersebut 50/50 atau pun beliau masih terkejut dengan gerakan WWE Maguire itu.

Bagi Azpilicueta yang merupakan seorang pemain pertahanan tidak semua insiden dalam kotak penalti itu satu kesalahan. Dah ada VAR rujuklah.

“Aku tak rasa semua sentuhan dalam kotak penalti akan menyebabkan penalti.”

Tapi jelas sangat tindakan Maguire itu adalah salah dan sepatutnya penalti diberikan tapi itu tidak terjadi, Kau rasa?

Musim lalu Harry Maguire terselamat dari layangan kad merah selepas menapak kawasan sensitif Mitchy Batshuayi di depan kawasan teknikal Blues. Menjerit member.

Maguire tidak dilayangkan apa-apa kad amaran, tetapi banyak yang merasa seolah-olah dia patut di layangkan kad merah dan keluar meninggalkan padang.

Kebanyakkan penyokong berang apabila pengadil tidak memberikan sebarang amaran kepada beliau. Kesalahan yang beliau lakukan sememangnya layak diberikan kad merah.

Bukan sahaja kalangan peminat yang beranggapan kesalahan itu patut diberi hukuman tetapi bekas pemain bola sepak professional juga mengakui hal yang sama.

Jawapan Maguire kepada insiden ini sangat ringkas dan masuk akal, ini kerana beliau menyangka Batasyuayi akan jatuh ke atas beliau.

Maka reaksi normal beliau mengangkat kaki untuk menghalang. Padu.

BACA:  Belum Buat Keputusan, Maguire Mungkin Tolak Tawaran Sertai West Ham