Akibat Kena ‘Sapu’ Dengan Zlatan, Azpilicueta ‘Tertomoih’ Dekat Bahu Rakan Sepasukan

Zlatan Ibrahimovic mencetuskan sensasi di internet selepas beliau pukul curi Cesar Azpilicueta dan kemudiannya berpura-pura seolah beliau tidak bersalah.

Sweden turut bertemu dengan Sepanyol dalam aksi kelayakan Piala Dunia Qatar awal pagi tadi, dengan kedua-dua pasukan mahu mencatat kemenangan untuk layak.

Sweden jelas sekali terdesak memburu kemenangan untuk layak, namun sayangnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 di tangan Sepanyol.

Alvaro Morata berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk Sepanyol memimpin kumpulan B dengan mengumpul 19 mata.

Sweden akan beraksi di pusingan play-off

Sepanyol kini menyertai Jerman, Denmark, Brazil, Belgium, Perancis, Croatia, Serbia dan Qatar yang sudah mengesahkan tempat untuk mereka layak beraksi dalam saingan Piala Dunia 2022.

Sweden, Portugal dan Rusia merupakan tiga pasukan yang akan beraksi dalam saingan play-off bersama Wales, Scotland, Austria dan North Macedonia.

Lawan lain yang mungkin akan dihadapi oleh Portugal di peringkat play-off adalah seperti Switzerland atau Itali, Finland atau Turki, Scotland atau Turki, Norway atau Belanda, Rusia, Poland atau England, dan Macedonia atau Romania.

Aksi peringkat separuh akhir untuk sesi play-off UEFA akan dilangsungkan pada 24 dan 25 Mac nanti, sementara perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 28 dan 29 Mac.

Tiga pasukan akan mendapat tempat untuk mara ke beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar pada tahun 2022 nanti.

Walau masih berpeluang, namun sepertinya Sweden perlu berdepan dengan tugasan yang berat untuk mereka melayakan diri ke saingan Piala Dunia 2022 nanti.

Zlatan pukul curi

Ketika aksi bertemu Sepanyol awal pagi tadi, Zlatan Ibrahimovic telah dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan dengan beliau masuk menggantikan Aleksander Isak pada minit ke-73 perlawanan.

Ketika Sepanyol mahu mengambil sepakan penjuru, Zlatan Ibrahimovic merempuh belakang Cesar Azpilicueta seolah-olah mereka sedang bermain ragbi.

Azpilicueta ‘tertomoih’ ke bahu Aymeric Laporte selepas dirempuh oleh Zlatan Ibrahimovic dari belakang, dan kemudian beliau rebah terbaring di atas padang.

Apa yang menariknya, Zlatan Ibrahimovic yang jelas sengaja merempuh Azpilicueta, berpura-pura seolah beliau tidak bersalah dan beliau telah ditolak oleh individu lain.

Hakikatnya, beliau langsung tidak dicabar oleh mana-mana pemain dan sangat jelas Zlatan dengan sendirinya merempuh Azpilicueta dari belakang.

Atan, atan, dah kenapa tua-tua buat perangai gini.

Rempuhan Zlatan tidak membantu Sweden untuk mendapatkan sebarang gol dengan Atan terpaksa akur beliau bersama skuad kebangsaannya perlu beraksi di pusingan play-off selepas ini.

Atan tentunya mahu membawa Sweden beraksi di pentas Piala Dunia Qatar memandangkan ia bakal jadi kempen terakhir beliau.

Di usia 40 tahun, mustahil untuk melihat Zlatan membuat penampilan lagi di kejohanan Piala Dunia 2026 nanti dan tentunya beliau mahu membuat kemunculan di edisi terakhir ini.

Selain Zlatan, Cristiano Ronaldo juga antara pemain terhebat dunia yang mungkin akan terlepas peluang beraksi di pentas Piala Dunia, memandangkan beliau bersama skuad Portugal terpaksa beraksi di pusingan play-off.

Serbia tendang Ronaldo dan Portugal ke pusingan play off

Portugal perlu mengharungi aksi play-off untuk melayakkan diri mereka beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Portugal pada awalnya dilihat berpotensi untuk layak secara automatik selepas mereka selesa mendahului Serbia dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Selain mendahului dari segi jaringan, Portugal juga pada awalnya turut mendominasi permainan dan mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk layak.

The Selecao membuka tirai jaringan menerusi Renato Sanches dengan Portugal selepas memperoleh gol awal, mereka lebih yakin untuk layak.

Walau bagaimanapun, Serbia telah menunjukkan semangat tidak menyerah kalah dengan mereka terus berjuang untuk mendapat tempat layak ke Piala Dunia Qatar.

Serbia berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Juara saingan Euro 2016 itu dengan mereka secara tidak langsung telah mengesahkan tempat beraksi di Qatar nanti.

Serbia jaringkan gol kemenangan di minit akhir

Rui Patricio hanya mampu melihat bola melepasi beliau seterusnya menerjah jaring gawang golnya selepas Dusan Tadic menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-33 permainan.

Seri sudah cukup untuk membawa Portugal layak ke Qatar dan tentunya ia berita gembira untuk Ronaldo yang mungkin akan membuat penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa pada tahun hadapan.

Harapan Portugal untuk layak lebur selepas Serbia berjaya memperoleh gol kemenangan di minit-minit akhir permainan menerusi Aleksandar Mitrovic.

Bintang Fulham itu berjaya menanduk masuk bola hantaran Dusan Tadic untuk memastikan kemenangan menjadi milik Serbia, seterusnya melayakkan diri mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia 2022 nanti.

Ia jelas kegembiraan yang teramat sangat untuk para pemain Serbia yang meraikan kejayaan mereka layak secara automatik ke Qatar.

Jadi apa seterusnya selepas ini?

Serbia kini menyertai Jerman, Denmark, Brazil, Belgium, Perancis, Croatia, Sepanyol dan Qatar yang sudah mengesahkan tempat untuk mereka layak beraksi dalam saingan Piala Dunia 2022.

Dan walaupun Portugal masih berpeluang untuk melayakkan diri mereka menerusi pusingan play-off, namun gol jaringan Mitrovic sudah cukup untuk memberi tamparan hebat untuk mereka.

Skuad kendalian Fernando Santos itu akan bermain di halaman mereka sendiri untuk aksi peringkat separuh akhir pusingan play-off, namun laluan untuk mereka layak bukanlah mudah.

Tiada istilah mudah apabila masuk ke aksi penentuan untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia kerana setiap pasukan yang bertanding akan bermati-matian untuk layak.

Ronaldo menangis lagi

Piala Dunia Qatar merupakan edisi terakhir untuk Cristiano Ronaldo membuat kemunculan dalam pertandingan terbesar dalam dunia bola sepak itu.

Ronaldo akan berusia 41 tahun ketika Piala Dunia 2026 nanti dan ia agak mustahil untuk melihat beliau masih beraksi, dan tentunya Piala Dunia Qatar bakal jadi medan terakhir untuk beliau cipta sejarah bersama negaranya yang tercinta.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo rebah dan menangis kerana kecewa beliau gagal membawa negaranya untuk layak secara automatik beraksi di pentas Piala Dunia.

Laluan mereka di pusingan play-off juga bukan mudah dan kini Portugal perlu memberikan segalanya untuk mencatatkan kemenangan, dan melayakkan diri mereka beraksi di pentas Piala Dunia tahun hadapan.

Sumber: Falcons

BACA:  Zlatan Menjawab Tuntutan Beckham Dan Memuji Kecemerlangan Sweden