Akibat Miskin Gol, Joao Felix Menang Tanpa Bertanding Kategori Gol Terbaik Chelsea

Pasukan Chelsea kini tidak perlu pening memikirkan anugerah gol tercantik bulan Januari. Kerana kelab itu ternyata cuma ada 1 pilihan sahaja iaitu gol Joao Felix.

Chelsea kini dalam kategori miskin tegar untuk gol bulan Januari walaupun memiliki pasukan yang sarat dengan bintang bintang ternama.

Graham Potter berterusan mendapat tekanan daripada ramai pihak kerana prestasi tidak cukup baik daripada Chelsea sejak dia mengambil alih.

Chelsea hanya menang 2 perlawanan daripada 15 perlawanan terakhir.

Ramai yang percaya, jika di bawah pemilikan Roman Abramovich, Potter sudah hilang jawatannya walaupun dia baru sahaja menyertai Chelsea pada September tahun lalu.

Kekalahan terbaru di tangan Spurs telah memberikan satu lagi tekanan kepada Potter. Namun pengurus itu tenang menjawab bahawa dia tidak takut hilang jawatan.

Ini kerana pemilik Chelsea, Todd Boehly setia berdiri di belakangnya dan sangat meyayanginya.

Laporan oleh Ben Jacobs dari CBS juga mengesahkan bahawa pengurusan tertinggi Chelsea benar benar percaya dengan Potter. Mereka tidak akan menilai prestasi Potter pada musim ini.

Kerana percaya, pengurus itu memerlukan masa untuk membentuk skuad yang sangat mantap di masa akan datang.

Walaupun Potter mendapatkan hampir sesiapa sahaja dia mahu pada Januar lalu, namun dia masih gagal memenangi sebarang perlawanan.

Mereka sudah bermain 5 perlawanan dalam aksi UCL dan EPL. Dengan tidak menang sebarang perlawanan, kalah 3 kali dan seri dua kali.

Membuatkan mereka kini bergelut untuk kekal dalam persaingan di pentas Eropah dan sukar untuk mengejar 4 teratas.

Selain daripada prestasi hambar, mereka juga sangat menyedihkan dengan serangan di hadapan gol. Di mana Chelsea sangat jarang menguji lawan mereka di hadapan gol.

Gol Joao Felix dalam keputusan seri satu sama menentang West Ham United merupakan satu satunya gol tunggal Chelsea pada Februari.

Dan ianya rasmi diumumkan sebagai gol tercantik Chelsea. Menang tanpa bertanding.

Gol tunggal itu juga menandakan bahawa itu juga satu satunya assist untuk bulan tersebut.

Selepas itu, mereka gagal menjaringkan gol menentang Fulham, Borussia Dortmund, Southampton dan Spurs.

Guardiola sokong Potter

Beberapa bulan lalu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah menggesa pemilik Chelsea, Todd Boehly supaya memberi masa kepada Graham Potter untuk membuktikan kemampuan dirinya.

Gesaan dari Pep Guardiola ini hadir selepas Manchester City menewaskan Chelsea 4-0 pada ketika itu di pusingan ketiga saingan Piala FA dan kekalahan kedua Chelsea di kaki City dalam tempoh empat hari.

Ketika ini peminat mula mencemuh dan mengejek Graham Potter supaya dipecat dan kembali melaungkan nama pemilik terdahulu, Roman Abramovic dan Thomas Tuchel yang jauh lebih cemerlang.

Konsortium Clearlake Capital telah mengambil alih Chelsea pada tahun lalu dan Todd Boehly dilantik sebagai kepala baru telah memecat Tuchel pada september lalu dan melantik Graham Potter.

Sejak mengemudi Chelsea, Todd Boehly telah membeli beberapa orang pemain seperti mengikut gerak hati dan buah fikirannya sendiri dan pembeliannya seperti bermain permainan Football Manager.

Misi dan visi Todd Boehly jika direnung kembali amat bagus kerana mahu membina kembali Chelsea dengan mahu meremajakan skuad untuk setiap posisi namun pelaksanaannya nampaknya seperti tidak seiring dengan apa yang dirancang.

Selepas dua kali mengalahkan Graham Potter dalam tempoh empat hari pada ketika itu, Pep Guardiola tampil membela pengurus Chelsea itu mungkin kerana tidak mahu dan tidak sanggup menjadi punca pemecatan Potter.

“Saya akan katakan kepada Todd Boehly, beri masa kepada Graham Potter. Beri dia masa. Semua pengurus memerlukan masa dan dia betul.”

“Di Barcelona, saya tidak memerlukan masa untuk dua musim kerana saya mempunyai Messi.”

Ayat terakhir Pep Guardiola itu agak Setan namun mempunyai maksudnya yang tersendiri. Jika Chelsea mempunyai pemain seperti Lionel Messi lantik siapa saja pasti tidak perlukan masa dan Messi akan terus memberi impak.

Pengurus Chelsea itu mengakui ketika ini Chelsea berada dalam situasi yang teruk dan pasukannya perlu bekerja keras dan bersatu hati.

“Kami dalam detik di mana kami perlu menderita dan itu tidak bagus, tidak menggembirakan tapi kami perlu buat lebih baik dan bekerja keras.”

“Kami perlu membantu pemain untuk terus bersatu, menggalakkan mereka kerang ini masa sukar untuk kami semua kerana cita-cita yang kami ada.”

“Saya faham kekesalan, kekecewaan dan kemarahan kerana keputusan tidak seperti yang kami mahukan. Kami perlu memperbaiki kedudukan liga kami, jadi saya faham sepenuhnya kekecewaan itu.”

Baca Juga

Baca Juga