Akibat Tak Menang EPL, UCL Dan Gagal Layak Ke UCL, Man United Berdepan Hukuman Financial Fairplay Macam Everton

Akibat tidak dapat memenangi EPL atau UCL dalam masa beberapa musim ini dengan jumlah perbelanjaan mengalahkan juara liga seperti Man City, Man United kini berdepan dengan masalah kerugian akaun FFP mereka.

Sebelum ini peminat Man United galak mentertawakan perbelanjaan pasukan Chelsea. Namun kelab itu sempat menapau UCL dalam masa 3 tahun terakhir pada 2021.

Kini Man United berdepan dengan satu lagi aib apabila pasukan mereka ‘takda untung maa’.

EPL menggunakan sistem peraturan had PSR, di mana jumlah pendapatan dalam 3 tahun terakhir harus tidak boleh rugi lebih daripada £105 juta.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila mereka gagal layak ke UCL musim ini apabila mereka menamatkan liga di tangga ke…hmmm malu nak sebut, pada musim lalu.

Erik Ten Hag sejak tiba di United telah berbelanja lebih £600 juta, hanya untuk menjuarai Piala FA dan Piala Carabao.

Mereka sebelum ini mencatat keuntungan pada tahun kewangan setiap 3 tahun yang berakhir pada 2019.

Mereka gagal menjual beberapa bintang ternama seperti Paul Pogba, atau Jadon Sancho yang tidak diperlukan dalam pasukan dengan harga tinggi. Sancho kini dipinjamkan ke Chelsea dan mustahil untuk mereka pulang modal daripada pemain yang enggan minta maaf itu.

Kini mereka telah berdepan dengan kerugian sebanyak £113 juta pada musim lalu sahaja. Walaupun kelab meraih pendapatan £662 juta.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pakar kewangan bola sepak Eropah, Martyn Ziegler. Yang sebelum ini menjadi antara koresponden terawal membongkar berita berkaitan salah laku FFP.

Jumlah kerugian musim lalu itu menyaksikan United ketika ini sedang berada di paras hutang £255 juta. Yang hampir sama dengan hutang Everton £257 juta yang membuatkan kelab itu musim lalu dipotong mata.

Jika Man United gagal mendapatkan keuntungan bersih sekitar £150 juta lagi, kelab itu bakal berdepan dengan risiko untuk dipotong mata pada musim hadapan.

Itu perkara yang tidak mahu didengar oleh penyokong setia Setan Merah yang masih berada di era Sir Alex Ferguson, di mana mereka masih sibuk membandingkan Vidic dengan Van Dijk atau Ferdinand dengan Saliba.

Namun peminat Everton menyatakan bahawa tidak mungkin Premier League akan menghukum kelab besar seperti Man United. Kerana setakat ini kelab kelab big six ini kelihatan kebal daripada hukuman.

Lihat sahaja pada Chelsea yang sudah beberapa kali menerima amaran berbanding Forest dan Everton yang terus dipotong mata. Peminat juga menyebut kes Man City – satu lagi kelab big six – yang masih belum dihukum.

BACA:  Man United Sedang Pantau Seorang Lagi Bekas Bintang Ajax Untuk Ditandatangani Pada Musim Panas Ini