Aksi Ajaib Akhyar Rashid Bantu Harimau Malaya Tumbangkan Turkmenistan

Aksi ajaib dan menarik dari pemain lincah, Akhyar Rashid telah berjaya membantu Harimau Malaya menumbangkan Turkmenistan dengan jaringan tunggal satu gol kosong.

Malaysia turun untuk perlawanan antarabangsa Tier 1 ketika liga dunia sedang berehat untuk aksi antarabangsa menentang lawan pertama Turkmenistan yang berada di ranking 135.

Perlawanan persahabatan ini berlangsung di arena bertaraf dunia dan terbaik menjadi sebutan ramai, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Harimau Malaya kembali dibariskan oleh pemain bola sepak sebenar dan bukannya lagi robot apabila mereka semua sudah pulih dari keletihan dan seegar bugar di awal musim yang baru bermula.

Menarik untuk disaksikan dalam perlawanan ini adalah debut dari dua pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya iaitu Endrick Dos Santos dan juga Paulo Josue.

Akhyar Rashid membuka tirai jaringan Harimau Malaya pada minit ke-29 dengan satu gerakan solo cantik dengan memotong ke dalam sebelum melepaskan rembatan rendah.

Penjaga gol Turkmenistan tidak mampu menjangkau untuk menghalang percubaan indah persis Marcus Rashford dari Akhyar Rashid itu.

Walaupun kurang minit permainan Akhyar Rashid masih mendapat tempat di hati Kim Pan Gon dan membuktikan bahawa pilihan itu adalah tepat.

Bersambung babak kedua, Akhyar Rashid hampir menggandakan kedudukan dengan satu akrobatik selepas menerima umpanan cantik dari Matthew Davies.

Bola tepat kepada penjaga gol Turkmenistan sekaligus tiada gol bertaraf Puskas dari Akhyat Rashid.

Berbaki 10 minit permainan fokus pemain Malaysia terutamanya bahagian pertahanan mula goyah, Dion Cools membuat hantaran tak sampai mujur tidak dihukum.

Kemudian Syihan Hazmi pula membuat satu balingan tak sampai kepada Corbin Ong menyaksikan Turkmenistan melakukan dua percubaan bahaya berturut-turut dan Syihan berjaya menafikan.

Selepas aksi kelam kabut dari Harimau Malaya akhirnya tekanan dari Turkmenistan berjaya diserap dengan baik bagi mempertahankan kelebihan satu gol.

Aksi dari Endrick Dos Santos dan juga Paulo Josue dalam perlawanan ini tidaklah terlalu baik atau tidak buruk namun masih perlu memberikan yang lebih baik.

Kredit wajib diberikan kepada penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi yang berjaya menafikan segala percubaan Turkmenistan dan menyelamatkan gawang negara.

Baca Juga

Baca Juga