Aksi Ajaib Salah Bersama Mesir

Pemain kesayangan Liverpool, Mohamed Salah telah membuka mata dunia dengan aksi ajaib beliau bersama Mesir dengan menggelecek empat pemain sekaligus menghasilkan satu detik yang indah dalam bola sepak.

Mohamed Salah melakukan aksi ajaib itu dalam kelayakan Piala Negara Afrika, Mesir berjaya menewaskan Comoros empat gol tanpa balas di kelayakan kumpulan G.

Salah menerima bola dari sayap kanan dan terus membawa bola ke kawasan pertahanan Comoros dengan semangat menyerang yang tinggi dan berbahaya.

Salah kemudian dari tepi membuat potongan ke dalam sebelum masuk ke kotak dan telah berjaya menggelecek empat pemain Comoros yang huru-hara diperlakukan Salah.

Nak masuk takut penalti, acah-acah bertahan jela. Walaupun tiada gol terhasil, detik ini sudah cukup untuk menjadi bualan di media sosial.

Ada yang membandingkan aksi Salah ini dengan Lionel Messi dan jika Messi melihat aksi Salah ini nescaya Messi akan terlopong dan mencarut kerana terkejut.

Kemenangan mudah diperoleh oleh Mesir ke atas Comoros apabila Mesir menjaring 4 gol dalam tempoh 10 minit selepas 25 minit permainan berlangsung.

Mohamed Elneny menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-15 dengan satu percubaan lencong yang menarik dari luar kotak penalti.

Mohamed Sherif menggandakan kedudukan dua minit kemudian dengan satu penyudah yang klinikal lagi licik walaupun cuba dicabar pertahanan Comoros.

Mohamed Salah kemudian menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-21 dan 25 sekaligus membunuh perlawanan dan mematikan semangat kebangkitan Comoros.

Dua gol dari dari Mohamed Salah ini merupakan tipikal penyudah yang selalu ditunjukkan Salah sejak dahulu.

Mesir berada dalam kumpulan G kelayakan Piala Negara Afrika bersama Comoros Kenya dan Togo.

Selepas 6 perlawanan mesir mengutip 6 mata untuk berada ditangga teratas diikuti oleh Comoros ditangga kedua dengan 9 mata.

Dua jaringan ini telah melonjakkan Salah ke kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Mesir dengan 43 gol dan memotong Hassan El-Shazli yang merekodkan 42 gol.

Salah juga kini di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di kelayakan Piala Negara Afrika di belakang Samuel Eto’o.

Baca Juga

Baca Juga