Aksi Andreas Peirera Persis David Beckham

Andreas Pereira telah mempamerkan aksi yang persis seperti David Beckham dalam perlawanan menentang Club Brugge di Europa League.

Setakat musim ini prestasi Andreas Pereira seperti tiada apa yang boleh dibanggakan dan agak tenggelam. Sendu seperti Manchester United.

Pada pra-musim 2019/20, Andreas Pereira berkata beliau sudah bersedia untuk menjadi David Beckham baharu di Manchester United.

“Banyak aku pelajari, aku sudah bersedia untuk menonjol. Aku rasa aura keyakinan dan pengurus juga dapat merasakan keyakinan aku secara mental dan fizikal. Aku rasa semakin kuat setiap tahun.”

“Ini masa aku untuk kedepan. Aku bersedia sebagai pemain nombor 8 atau nombor 10. Aku boleh main di sayap kanan macam Beckham selalu main. Potong ke dalam dan membuat hantaran lintang lebih awal ke kotak penalti. Banyak aku nak tunjukkan ni.”

Kejadian ini terjadi dalam perlawanan Setan Merah menentang Club Brugge yang berkesudahan seri 1-1 untuk Setan Merah membawa bekalan gol tempat lawan.

Dalam aksi yang singkat dan video berdurasi beberapa saat saja itu sudah cukup untuk kau lihat aksi dan gaya Pereira persis David Beckham.

Gol Manchester United telah dijaringkan oleh Anthony Martial yang merupakan gol penyamaan dalam perlawanan itu.

Sepakan terus daripada penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet berjaya mencari Emmanuel Denis yang berlari seperti lipas kudung.

Emmanuel Denis dengan jahat dan bijaknya melambungkan bola melihat Romero keluar dan melemaskan sesiapa saja yang terkena.

Bola jatuh ke tanah dan meleleh sambil mengekek gelak pergi menuju ke gawang yang tebuka tanpa pengawal.

David Beckham siapa tak kenal tu memang tak tau nak cakap apa. Lejen nombor 7 yang berjaya di Old Trafford dan selepas beliau hanya Cristiano Ronaldo mampu cemerlang dengan memiliki nombor keramat itu.

Selepas Ronaldo tiada lagi pemakai nombor 7 yang berjaya dan konsisten dengan berjayanya sehingga ke hari ini. Semua kelaut.

Beckham merupakan seorang lagenda kelahiran Class of 92 yang membawa kegemilangan Manchester United di era Sir Alex Ferguson sebelum berhijrah ke Real Madrid.

Kemudian Beckham ke La Galaxy sebelum menamatkan kariernya bersama PSG.

Baca Juga

Baca Juga