Ketua pasukan Harimau Malaya ang berjiwa kental lagi kebal, Aidil Zafuan Abd Radzak telah mempamerkan satu aksi bertahan yang sangat genius dan licik sehingga membuatkan pemain Thailand kebingungan.
Aksi bertahan yang bijak ini ditunjukkan Aidil Zafuan Abd Radzak ketika Malaysia menewaskan Thailand dengan penuh bergaya 2-1, di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Dalam perlawanan ini nama Brendan Gan menjadi sebutan dan igauan setiap peminat bola sepak Malaysia dengan aksi adiwiranya yang penuh bertenaga dan bersemangat waja.
Brendan Gan menjadi nadi kebangkitan Harimau Malaya dengan gol penyamaan sebelum membuat satu bantuan gol yang bijak untuk Mohamadou Sumareh melakukan jaringan Volley yang sungguh padu.
Pemain tengah Perak itu, seperti mempunyai 4 jantung apabila tidak segan untuk turun membantu barisan pertahan dengan beberapa bentesan penting mengeluarkan boal dari kawasan merbahaya.
Namun ketika ramai yang menyebut-nyebut aksi hebat Brendan Gan mungkin ada yang tidak perasan atau tidak tahu aksi genius yang ditampilkan oleh ketua pasukan Malaysia.
Ketika Malaysia telah mendahului 2-1, Aidil Zafuan Abd Radzak telah membuat satu bacaan permainan yang baik dan datang dari belakang untuk menolak bola yang dihantar kepada pemain Thailand.
Tolakan dari Aidil Zafuan Abd Radzak telah menemui pemain Thailand kembali. Aidil jatuh ke padang dan berguling-guling dan dalam masa yang sama pemain Thailand cuba menggelecek.
Gulingan Aidil Zafuan Abd Radzak nyata berhasil apabila bola sangkut dikaki dan Aidil Zafuan Abd Radzak pantas bangun untuk melancarkan serangan.
Nyata teknik bertahan Aidil Zafuan Abd Radzak sungguh genius dan tak terjangka dek akal pemain Thailand yang kelihatan kebingungan.
Aksi Aidil Zafuan Abd Radzak telah menjadi bualan peminat bola sepak Thailand yang menyifatkan itu sebagai satu lakonan dari Aidil Zafuan Abd Radzak yang berpura-pura cedera seperti Neymar.
Mereka tidak faham bahawa itulah teknik yang tidak terjangkau dek akal mereka, lalu membuat tuduhan melulu.
Inilah antara komen penyokong Thailand, 55555(hahaha) je aku faham.
“เนย์มาชัดๆ (Neymar ke tu?)”
“โด๊ปยาก่อนแข่งบ่นิฟื้นตัวไวเวอร์”
“มารยาหญิง100เล่มเกวียน เทียบไม่ได้กับนักฟุตบอลเลยครับ”
“คอสต้าป่ะนิ (Costa ke tu?)”
“ได้บอลเลยวิ่งต่อ ได้ตีนขอนอนแปป ??”
“ฟื้นตัวไวเกิ้น5555”
“เรื่องปกติ วงการฟุตบอล เห็นมาตั้งแต่ดูบอลปี2000 ขนาดในเกมส์ยังเคยเจอเลย”
Korang faham tak?