Aksi Cristiano Ronaldo Melibas Angin Menjadi Trending di Twitter

Cristiano Ronaldo baru sahaja kembali daripada penggantungan La Liga dalam perlawanan menentang Alaves semalam dan ternyata, perlawanan tersebut bukanlah perlawanan yang mahu diingatinya.

Real Madrid memenangi perlawanan tersebut hasil dua jaringan daripada Daniel Ceballos, selepas berhempas pulas cuba menembusi gawang Alaves.

Seperti biasa, Ronaldo pasti akan mendapat perhatian dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dengan terperinci.

Pada satu detik,  Lucas Vazquez melakukan satu hantaran lencong yang cantik buat Ronaldo yang berada di far post gol Alaves. Memandangkan Ronaldo sudah sedikit terkedepan, dia ‘terpaksa’ melakukan satu libasan akrobatik untuk menggegar jaring lawan.

Namun dek salah jangkaan, libasannya sekadar memakan angin dan bola terus meluncur ke luar padang.

Memandangkan Ronaldo ni bintang dunia, maka kesilapan tersebut pasti akan menjadi bahan jenaka para pakar bola sepak di Twitter.

https://twitter.com/K_Blaugrana/status/911616417195323392

https://twitter.com/LIOMO9/status/911616581943332864

Jadi, engkorang tunggu apa lagi? Cepat lawan caci maki di ruangan komen.

Baca Juga

Baca Juga