Aksi ‘Double Guard Of Honour’ Real Madrid Dan Real Betis Curi Perhatian Peminat

Guards of honour sepertinya sudah menjadi satu tradisi yang sudah menjadi satu kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, setiap kelab akan memberikan guard of honour kepada kelab yang sudah memenangi gelaran liga sebelum saingan liga itu tamat.

Walau bagaimanapun, malam semalam para peminat dapat menyaksikan sesuatu yang sungguh menakjubkan dan ia sebenarnya pertama kali berlaku dalam sejarah dunia bola sepak.

Para peminat dapat menyaksikan bagaimana Real Madrid dan Real Betis melakukan aksi double guards of honour sebelum sepak mula perlawanan antara mereka dalam saingan La Liga.

Kebiasaannya para pemain pasukan lawan akan berdiri sambil memberi tepukan kepada pasukan yang baru sahaja ditabalkan sebagai Juara ketika mereka berjalan masuk ke padang.

Boleh dikatakan kebiasaannya guard of honour boleh dilihat pada hujung-hujung musim dan berkemungkinan pada hari terakhir musim itu.

Walau bagaimanapun, Real Madrid pada musim ini sudah sah dinobatkan sebagai Juara sejak hampir tiga minggu lalu lagi.

Real Madrid meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan La Liga musim ini ketika aksi kemenangan mereka menewaskan Espanyol 4-0 bulan lalu.

Minggu berikutnya skuad kendalian Carlo Ancelotti itu turun beraksi bertemu Atletico Madrid, namun skuad kendalian Diego Simeone itu menolak untuk memberikan guard of honour kepada mereka.

Walau bagaimanapun, pada awal pagi tadi, skuad Real Madrid turun bertemu dengan juara saingan Copa del Rey, Real Betis dan kedua-dua pasukan dilihat saling memberikan guard of honour kepada satu sama lain.

Bermula dengan skuad Real Madrid yang berdiri memberikan guard of honour ketika para pemain Real Betis masuk ke padang dan para pemain pasukan pelawat kemudiannya mendirikan barisan baru di hadapan bagi memberikan semula guard of honour kepada pemain pasukan tuan rumah.

Jarang sebenarnya untuk kita lihat pasukan yang memenangi Piala domestik menerima guard of honour dan hal itu kebiasaannya jarang berlaku di England.

Hal itu kerana kebiasaannya perlawanan akhir saingan Piala FA di England akan diadakan selepas liga berakhir atau di hari-hari terakhir sebelum saingan liga musim itu tamat.

Skuad kendalian Manuel Pellegrini itu berjaya memenangi gelaran Copa del Rey pada April lalu, dan mereka menjulang Piala itu sebelum Real Madrid sah bergelar Juara.

Real Betis berjaya memenangi gelaran Copa del Rey menerusi penentuan sepakan penalti dan ia merupakan Piala pertama mereka sejak tahun 2005 yang lalu.

Walaupun hal itu seolah-olah pertama kali berlaku, namun sebenarnya ia bukanlah double guards of honour pertama yang berlaku di Sepanyol.

Sebelum ini, Barcelona dan Sevilla turut pernah melakukan hal yang sama pada tahun 2006 yang lalu dengan Barca memenangi gelaran La Liga dan Sevilla pula ketika itu menjuarai saingan Europa League.

10 tahun selepas itu hal yang sama turut sekali lagi berlaku, namun tiada double guards of honour yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Walau peminat terhibur melihat aksi double guards of honour itu, namun harus diakui persembahan para pemain kedua-dua pasukan tidaklah begitu menghiburkan.

Real Madrid dan Real Betis sekadar mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan sahaja dalam perlawanan tersebut.

Real Madrid jelas sekali tidak begitu mementingkan aksi dalam perlawanan tersebut kerana mereka ketika ini mahu menumpukan kepada aksi bertemu Liverpool dalam perlawanan akhir saingan Champions League.

Kedua-dua pasukan akan turun berentap pada 28 Mei nanti untuk menentukan siapa bakal bergelar Juara saingan Champions League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Mahu £130 Juta Untuk Eden Hazard